Setiap kali Aidilfitri, budaya berbelanja mewah dilihat semakin menjadi-jadi. Daripada pakaian serba baharu, dekorasi rumah yang eksklusif, sehinggalah kepada rumah terbuka mega. Apa tidaknya, masyarakat semakin terjebak dalam persaingan untuk menunjuk-nunjuk sehingga sanggup berbelanja sakan. Mengulas mengenai isu ini, Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Dr. Azmawaty Mohamad Nor berkata, pengaruh media sosial dikenal pasti sebagai penyebab utama masyarakat berbelanja berlebihan. “Kini, sudah menjadi satu kewajipan untuk memanfaatkan…