Masalah pendengaran dalam kalangan anak kecil agak sukar untuk dikesan terutamanya bagi yang belum pandai bertutur. Begitupun, ia tidak patut dipandang enteng dan setiap perkembangan anak kecil harus dipantau oleh ibu bapa terutamanya keupayaan pendengaran. Pendengaran memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak kerana berkait dengan perkembangan sosial. Pakar Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Universiti Taylor’s, Prof. Madya Dr. Vivian George Vincent Fernandez berkata, ibu bapa sering kali terlepas pandang…