Kecil-kecil cili padi, ketika kanak-kanak seusianya asyik bermain permainan, lain pula ceritanya dengan si cilik berusia dua tahun ini. Nur Adawiyah Husna Muhammad Amirul atau lebih mesra dikenali sebagai Cun Cuna, mula menunjukkan minat mendalam dalam sukan basikal tolak seawal usia 1 tahun 6 bulan. Menurut bapanya, Muhammad Amirul Mohammed Ali, 34, berkata, sukan itu bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu, tetapi juga medium yang mampu mengeratkan hubungan…