Program kesihatan mata murid diperluas ke seluruh negara

Program kesihatan mata murid diperluas ke seluruh negara

FADHLINA Sidek dan Dr. Dzulkefly Ahmad bersama murid-murid selepas penyampaian Bantuan Awal Persekolahan dan penyerahan kaca mata di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan program pembetulan ketajaman penglihatan mata kepada murid Tahun 1 daripada keluarga B40 serta M40, keseluruh negara dalam usaha mening­katkan kesihatan mata golongan berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif KPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) itu penting bagi memastikan isu kesihatan penglihatan murid terus diberi keutamaan.

Beliau berkata, program itu juga penting sebagai jalan penyelesaian kepada masalah pembe­lajaran anak-anak di sekolah.

“Insya-Allah program ini akan kita perluaskan dan ini komitmen kita bersama,” kata­nya pada Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan Murid Sekolah di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), Presint 9, di sini semalam.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya menetapkan sasaran pengesanan ketajaman penglihatan melebihi lima peratus daripada jumlah murid yang diperiksa berban­ding ketika ini sekitar 3.5 peratus.

“Kami akan sentiasa memantau masalah ketajaman penglihatan murid melalui pemeriksaan Pasukan Kesihatan Sekolah di bawah KKM, yang mana murid-murid ini akan dirujuk untuk mendapatkan pembetulan ketajaman penglihatan melalui pemakaian cermin mata,” katanya.

KKM juga katanya, menye­dari ada murid (mengalami masalah penglihatan) yang tidak memakai cermin mata akibat kekangan kewangan.

Justeru, KKM akan bekerjasama dengan badan terlibat bagi melaksanakan projek rintispengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×