PERISTIWA menguruskan proses bersalin seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang bertarung nyawa melahirkan anak menjadi episod mengerikan bagi seorang doktor. Lebih menyayat hati, kanak-kanak yang bakal bergelar ibu itu akhirnya menemui ajal apabila dia dan bayinya meninggal dunia semasa proses kelahiran. Sejak peristiwa itu, Dr. D. Dayanandan yang pada ketika itu merupakan pelajar pelatih perubatan di Indonesia bertekad memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menolak perkahwinan bawah umur yang terlalu berisiko…










