Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Begitulah lagu warisan Melayu yang akan terus ‘hidup’ di hati rakyat walaupun semakin dilanda arus pemodenan. Menerusi usaha seperti pertandingan tahunan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2024 dilihat mampu menyemarakkan kecintaan terhadap irama melayu dalam kalangan generasi muda. Pertandingan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN) itu bukan sahaja mencungkil bakat orang muda malah mempopularkan semula lagu-lagu Melayu asli. Ketua Pengarah JKKN,…









