Lidah tidak bertulang lebih tajam daripada mata pedang. Isteri didera emosi hanya kerana masakannya tidak kena dengan tekak suami. Itu antara kes yang dikongsikan Kaunselor Berdaftar Aman Soul Centre, Siti Munirah Mohd. Adnan kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Kata Munirah, kes yang dikendalikan itu melibatkan isteri selaku mangsa yang didera secara emosi oleh suami kerana sering mengutuk masakannya tidak sedap di depan anak-anak. “Bila suami berterusan mengutuk masakan pasangannya tidak…










