MASJID Kampung Nakhoda yang terletak di Batu Caves ini tidak segah masjid di bandar-bandar atau di perumahan elit. Namun, popularitinya meledak di seluruh Malaysia dan di negara jiran, Indonesia kerana kandungan-kandungan dakwah yang kreatif di platform TikTok. Justeru, tidak hairanlah masjid ini mampu memiliki lebih setengah juta pengikut dengan 14.1 juta tanda suka. Malah, kebanyakan hantaran-hantaran video yang dimuat naik tular dengan tontonan tertinggi melebihi 19.9 juta. Imamnya, Mohamad Zaid…