Hijab merupakan elemen penting dalam penampilan wanita Muslimah, bukan sekadar menutup aurat tetapi juga melengkapkan gaya harian.
Untuk wanita yang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti, memiliki hijab yang mudah dipadankan dengan apa sahaja pakaian adalah satu kelebihan.
Kadangkala, hijab yang bersifat subtle atau sederhana adalah pilihan terbaik, terutama untuk penggunaan harian dan pelbagai acara.
Minggu ini, saya kongsikan koleksi Monogram daripada jenama tempatan, Lima Segi.
Koleksi ini hadir dalam dua pilihan hijab iaitu bawal dan selendang, bagi memenuhi keperluan gaya kaum hawa.

Dengan corak monogram yang minimum serta pilihan warna yang pelbagai, koleksi ini pasti mencuri hatimu.
Warna-warna seperti nude, pastel hingga ke tona gelap menawarkan kebebasan untuk menyesuaikan hijab dengan pelbagai gaya pakaian.
Material utama dalam koleksi ini ialah cotton voile berkualiti tinggi. Apa yang menarik tentang cotton voile? Ia terkenal dengan tekstur yang ringan, lembut dan breathable, memberikan rasa selesa sepanjang hari, terutama dalam cuaca panas.
Selain itu, material ini juga mempunyai struktur yang cukup kukuh untuk mengekalkan bentuk hijab, menjadikannya senang dibentuk sama ada ketika menggayakan bawal atau shawl.
Bagi wanita yang sering bergerak, hijab cotton voile ini adalah pilihan ideal kerana tidak mudah berkedut dan kekal kemas walaupun dipakai sepanjang hari.
TUBUH SLIM
Untuk yang betubung langsing, tudung berona terang atau pastel seperti hijau mint, baby blue atau dusty pink boleh memberikan ilusi wajah yang lebih penuh.
Gaya shawl dengan lilitan longgar di bahagian bahu akan menambah sedikit volum pada keseluruhan penampilan.
TUBUH PETITE
Wanita bertubuh petite boleh memilih hijab dalam warna-warna neutral seperti beige atau nude untuk mencipta ilusi ketinggian.
Gaya bawal yang dilipat kemas di bawah dagu tanpa terlalu banyak lapisan dapat membantu menyerlahkan leher, memberikan penampilan yang lebih memanjang.
TUBUH CURVY
Untuk wanita bertubuh curvy, pilih tudung berwarna gelap seperti navy blue, maroon atau hitam bagi mendapatkan efek langsing.
Gaya shawl yang dililit kemas di sekitar muka dengan hujung hijab dibiarkan jatuh longgar akan memberikan keseimbangan pada keseluruhan penampilan.
SUAI PADAN
Salah satu tarikan koleksi Monogram daripada Lima Segi ini ialah kebolehannya untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian.
Sama ada mahu bergaya kasual dengan jeans dan blaus atau tampil lebih formal dengan blazer, hijab ini mampu melengkapkan penampilanmu tanpa perlu berfikir panjang.
Tambahan pula, corak monogram yang minimum tetapi eksklusif menjadikannya sesuai untuk dipakai ke acara formal atau sekadar keluar minum petang bersama rakan-rakan.
Jadi, warna mana yang bakal mencuri hatimu? Apa jua pilihanmu, pastikan koleksi Monogram ini menjadi pelengkap gaya harianmu.
Dengan material yang selesa dan rekaan menawan, ia pasti menjadi kegemaran setiap wanita. Selamat bergaya.










