KARAKTER Snoopy dalam siri kartun popular Peanuts sinonim dengan alter ego sebagai pemain tenis terkenal dunia. Inspirasi itu mendorong jenama sukan ikonik, Fila memperkenalkan koleksi terbaharunya, Fila X Peanuts. Pengarah Urusan Fila Malaysia, Jimmy Jin Bohyun berkata, penghasilan koleksi itu secara tidak langsung menyuntik elemen nostalgia dengan sentuhan moden dan kontemporari. Misi jenama itu adalah untuk mengajak peminat menemui semula keseronokan sukan tenis melalui perspektif yang ceria dan penuh kegembiraan.…










