Hadiah menarik, wang tunai menanti di Festival

Hadiah menarik, wang tunai menanti di Festival Hari Kanak-Kanak 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI kanak-kanak sedunia yang bakal disambut November ini akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran festival Hari Kanak-kanak.

Penganjur, Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan bakal mengadakan program dua hari yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Program yang akan dijalankan di Seri Negeri Ballroom itu meliputi pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan nyanyian dan pertunjukan fesyen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM400, hadiah wang tunai daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM500 setiap seorang dalam pertandingan mewarna, tarian, nyanyian dan pertunjukan fesyen.

Ada piala, sijil dan empat tiket taman tema Legoland Malaysia bernilai RM800.

Bukan itu sahaja, pemenang tempat kedua dan ketiga juga akan menerima hadiah wang tunai masingmasing RM400 dan RM300 beserta trofi , sijil hadiah serta dua tiket masuk ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah bernilai RM300.

Peserta yang tidak memenangi sebarang pertandingan pula tetap berpeluang membawa pulang  tanda penghargaan dan sijil.

Yuran pendaftaran bermula daripada RM25 setiap kanakkanak termasuk makanan yang disediakan khas untuk semua peserta.

Selain itu, pertandingan lego pertama di Negeri Sembilan juga bakal dianjurkan dengan kerjasama penganjur pertandingan lego terbesar Malaysia, Brick Matrix.

Pertandingan itu dijangka menarik 500 peserta setiap hari dengan yuran pendaftaran RM5 bagi setiap peserta.

Pengurus Pemasaran Royale Chulan Seremban, Azira Arif, percaya festival berkenaan mampu menyediakan peluang unik untuk keluarga menikmati pengalaman yang pelbagai bersama keluarga dan pihak yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini