HARI kanak-kanak sedunia yang bakal disambut November ini akan dimeriahkan lagi dengan penganjuran festival Hari Kanak-kanak. Penganjur, Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan bakal mengadakan program dua hari yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan untuk kanak-kanak. Program yang akan dijalankan di Seri Negeri Ballroom itu meliputi pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan nyanyian dan pertunjukan fesyen. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai RM400, hadiah wang tunai daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)…