Menggambarkan identiti dalam fotografifesyen

Menggambarkan identiti dalam fotografifesyen

FOTOGRAFI fesyen futuristic menjadi cabaran kepada jurufoto Puteri Nadiahtul Aisyah Abdul yang merangkumi teknologi, bahan yang tidak konvensional dan olahan bentuk postur berani. Bereksperimen dengan kesan projektor dan kesan pergerakan, mencipta penampilan inovatif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTARA genre paling popular dalam fotografiadalah fotografi fesyen kerana ia mempunyai pelbagai pengertian. Jurufoto fesyen terkenal, Ira Giorgetti, menyifatkan fotografi fesyen sebagai gambar yang bebas daripada sekatan kreatif.

Menurutnya, apa sahaja subjek yang melibatkan pakaian, aksesori dan solekan yang mempunyai nilai kecantikan adalah fotografifesyen.

Sebaliknya, jurugambar Flo Ngala mentakrifkan fotografi fesyen sebagai gabungan produk, potret dan seni halus. Baginya, fotografi fesyen adalah cara jurufoto menggunakan mata dan perspektif mereka sendiri untuk menyoroti elemenelemen yang mempengaruhi gaya hidup.

NUR Erdeena Delaiela Khairudin menggunakan gaun putih bersama apron hitam untuk menggambarkan gaya pelayan restoran. Keunikannya terletak pada konsep dislocate yang diketengahkan oleh jurufoto, dengan memasukkan elemen iconic scene dari Marilyn Monroe. Hiasan kasut tumit tinggi berwarna merah menimbulkan kesan erotisma dan menyumbang kepada persepsi baharu.

Ia sebagai medium visual yang membantu jenama pakaian dan perhiasan mempamerkan produk dan menceritakan kisah mereka dengan cara lebih menarik berbanding teks.

Gambar yang teliti dihasilkan, membolehkan pengguna meresapi dunia yang dicipta oleh jenama, seterusnya merasai karakter dan energinya.

MERAKAM moment of ballerina memberi peluang kepada Aisyah Balqis Saiful Anuar berkarya dengan menggunakan pembukaan kanta yang lebih luas bersama kelajuan shutter yang lebih perlahan. Penggunaan teknik double exposure, beri kesan lebih matang ekoran kesan gerakan dapat diirasai tanpa menidakkan ketajaman subjek.

Melalui gambar, jurugambar mampu menyampaikan emosi, menceritakan kisah dan mencipta hubungan antara penonton dan subjek. Naratif visual ini sangat berkesan dalam industri fesyen, di mana daya tarikan estetik memainkan peranan penting.

Fotografifesyen turut membawa gaya hidup kepada kehidupan, menjadikannya lebih mudah untuk dihubungkan, diingini, dan akhirnya lebih berpengaruh. Tambahan pula, fotogra memainkan peranan penting dalam penjenamaan dan pemasaran fesyen.

NURIN Damia Mohd. Razi merakam koleksi art to wear atau wearable art di mana ia menggambarkan keunikan yang ada pada rekaan selain menyerlahkan kualiti penting pereka. Menerusi gambar ini jurufoto menggunakan fast shutter untuk memberi kesan kaku kepada juntaian yang menjadi elemen penting dalam koleksi.

Justeru seorang jurufoto fesyen haruslah menggunakan mata dan perspektif unik mereka untuk mencipta naratif visual memukau.

Jurufoto bertanggungjawab menumpukan kemahiran fotografimereka khususnya pada gaya pakaian dan imej peribadi agar gambar yang dihasilkan dapat didedikasikan untuk mendokumentasikan pakaian, aksesori dan produk kecantikan yang bertujuan untuk mempamerkan keindahan barang tersebut dan kemahiran perekanya, sambil menarik pembeli membeli produk-produk tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×