Mati yang menghidupkan

Mati yang menghidupkan

ISMAIL HANIYEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“SEORANG gugur, ratusan lagi akan tumbuh bertunas dengan baja ajaib dari Allah.”

Dunia dikejutkan dengan kematian Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran akibat serangan tidak bermaruah Zionis Israel akhir Julai lepas.

Pada mata zahir musuh, kematian seorang pejuang Palestin seperti Ismail Haniyeh, Syeikh Ahmad Yasin dan ramai lagi bakal mengurangkan bilangan ancaman untuk negara haram mereka, namun tanggapan ini silap.

Pemergian mereka sudah terbukti mampu mencetus gelombang luar biasa yang tak mampu dibendung sesiapa. Darah mereka juga menjadi baja ajaib pencetus tunas pejuang lain yang lebih kuat, tabah dan gigih.

Lihat sahaja bagaimana pejuang Hamas berevolusi sepanjang puluhan tahun mereka berjuang menentang penjajah Zionis.

Dalam rencana ini, penulis mahu berkongsi ‘dua dimensi’ fikir tentang hakikat kematian saudara seagama kita di Palestin. Kematian mereka sebenarnya menjadi pencetus kehidupan. Bagaimana ia berlaku?

  • Pertama – Kematian yang menatijahkan anugerah kehidupan selepas mati yang sangat luar biasa. Syahid mempertahankan agama dan negara dijanji rezeki luar biasa sejurus melangkah ke alam barzakh. Firman Allah SWt yang bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (ali- ‘Imran: 169)
  • Rezeki selepas mati? Rasulullah SAW menjelaskan dan sabdanya yang bermaksud: Apabila saudara kamu dibunuh dalam perang Uhud, Allah meletakkan roh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pulang ke sarangnya iaitu pelita emas yang tergantung di bawah bayangan arasy.” “Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, “Siapa yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan teragak-agak uuntuk berjihad dan tidak akan undur daripada berperang.” Allah lalu ber rman: “Aku akan sampaikan perihal kamu kepada mereka.” Allah lalu menurunkan ayat ini (ali- ‘Imran: 169) (Sunan Abu Daud, 2520).

Perkara sama turut berlaku kepada 70 orang sahabat Nabi SAW yang dibunuh kejam dalam peristiwa Bi’ru Ma’unah pada tahun keempat Hijri.

Mereka diutus Baginda berdakwah kepada beberapa kabilah Arab, namun dibunuh kejam oleh ‘Amir bin al-Tufayl dan gerombolannya.

Bagi meredakan kesedihan baginda, Allah menyampaikan mesej dari alam barzakh menyatakan kebahagiaan mereka ‘hidup’ di alam sana. Ia sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud: Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW berdoa kemusnahan ke atas para pembunuh sahabatnya dalam peristiwa Bi’r Ma’unah selama 30 pagi. Doa ke atas (mereka, iaitu) kabilah Ri’l, Dhakwan dan ‘Usayyah (dilakukan kerana) mereka menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Ada ayat al-Quran diturunkan berkaitan mereka yang mana kami membacanya beberapa ketika sehin alah ia dinasakh (dipadam Allah daripada mushaf).

Ayat tersebut bermaksud Sampaikan pada kaum kami bahawa kami sudah menemui Tuhan Kami, maka Dia redha kepada kami dan kami juga redha terhadap-Nya. (Sahih al-Bukhari, 2814).

Kadangkala sifat ‘hidup istimewa’ para pejuang agama yang gugur syahid sudah dipaparkan secara ajaib oleh Allah semasa di dunia lagi.

Bagaimana? Jasad mereka tetap utuh sebagai kemuliaan serta bukti kebenaran perjuangan mereka:

Ia bertepatan dengan sabda Nabi SAW bermaksud: Jabir bin Abdullah r.a mengatakan: Menjelang perang Uhud, ayahku meman ilku pada waktu malam lalu berkata; Aku rasa akan menjadi orang pertama yang gugur dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW. Aku tidak meninggalkan sesiapa yang lebih aku sayangi selain kamu di samping Rasululullah.

Aku miliki hutang maka lunasilah dan bersikap baiklah kepada semua saudara perempuanmu. Keesokan harinya memang dia menjadi orang yang pertama gugur dan dia dikebumikan bersama seorang syahid yang lain dalam satu kubur.

Hatiku merasa kurang senang membiarkan ayahku berkongsi kubur dengan orang lain. Selepas enam bulan Aku membongkar kuburnya (untuk dikebumi secara berasingan). Lalu Aku dapati jasadnya masih utuh sama seperti ketika aku menguburkannya melainkan sedikit kecacatan pada telinganya (yang dimakan bumi). (Sahih alBukhari, 1351).

Perihal para pejuang Islam mati dibunuh rejim zalim bukan perkara baru dalam sejarah manusia. Walaupun ancaman yang mereka hadapi demi mempertahankan agama dan negara sangat besar, semua janji Allah itu menjadi motivasi hebat untuk mereka terus sabar menelan segala pahit maung perjuangan.

  • Kedua – Kematian ribuan rakyat Palestin juga mampu menghidupkan jiwa ramai insan yang dahulunya kelam ‘seakan mati’ tanpa cahaya hidayah. Cahaya hidayah jangan dipandang enteng! Ia mampu memusing arah kiblat hidup seseorang manusia. Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dia dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tin al tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?… (al-An’am: 122)

Menurut para ulama tafsir, ayat 122 surah alAn’am ini diturunkan setelah pengislaman Saidina Umar al-Khattab (Tafsir al-Tabari).

  • Baru-baru ini ketika perang Palestin – Zionis memuncak, dunia digegar ‘gempa berita’ lalu menjadi gempar dengan pengislaman Megan Rice seorang pempengaruh Tik Tok berbangsa Amerika. Pada mulanya beliau simpati melihat nasib malang penduduk Gaza yang berterusan ditindas rejim Zionis Israel. Simpati Megan kemudiannya bertukar kagum setelah melihat kekuatan mental luar biasa penduduk Gaza menghadapi segala bencana yang menimpa mereka.

Berikutan itu, beliau mula mengkaji al-Quran yang menjadi nadi serta nafas orang Palestin. Apa yang terjadi padanya? Setelah berbulan-bulan mengkaji al-Quran, akhirnya pada 11 November 2023 Megan memeluk Islam disaksikan jutaan manusia secara dalam talian.

Perjuangan panjang rakyat Palestin sudah banyak menelan korban. Kita mungkin melihat kematian mereka sebagai musibah dunia yang membawa kesedihan, namun sudut pandang mereka pula lain.

Mereka seakan gembira menanti hadiah syahid demi agama dan negara tercinta kerana mereka tahu kehidupan selepas mati jauh lebih hebat dan menggiurkan berbanding kehidup

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN