Pose Agy raih perhatian

Pose Agy raih perhatian

Gaya pose menarik Agy yang menjadi ikutan di media sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-GARA video pose bagaikan super model, nama Muhammad Affizy popular sekelip mata.

Malah, aksinya turut menjadi ikutan di pelbagai negara termasuk pelakon Indonesia, Luna Maya yang turut meniru gaya sama.

Menurut Muhammad Affizy Mohd Khairy Rajan, 29, atau lebih dikenali sebagai Agy, idea untuk video berkenaan diperoleh kerana keinginan
untuk melakukan gaya unik itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, peluang pertama diperoleh selepas mendapat kebebasan untuk bergaya bagi satu penggambaran bersama jenama baju melayu.

“Sebenarnya, saya memang menantikan klien yang nak sangat saya posing macam itu.

“Idea itu memang dah lama nak buat cuma tiada peluang. Jadi dengan peluang itu, saya buat sebab saya rasa saya perlu menunjukkan kelainan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, turut mendapat perhatian, video Agy bersama keluarganya mengikut trend ‘alamak raya lagi’ yang mendapat lebih 30 juta tontonan.

Video tersebut mendapat sambutan kerana gelagat ahli keluarga yang bersahaja dan dikatakan sporting.

Minatnya dalam bidang fesyen dan peragaan dipengaruhi oleh rancangan televisyen peragaan luar negara bermula sejak di bangku sekolah.

Katanya, sifat suka akan kecantikan menjadikan dirinya tertarik kepada bidang-bidang yang berkaitan.

“Sejak sekolah lagi saya dah minat pada bidang fesyen, saya suka tengok benda-benda yang cantik ini.

“Saya pun tidak tahu macam mana tapi mungkin sebab saya suka sangat tengok America’s Next Top Model, jadi saya terpengaruh,” katanya.

Kreatif memperagakan pakaian yang dipakai.

BAKAT SEMULA JADI

Menjadi satu-satunya ahli keluarga yang ‘terjun’ ke dalam bidang peragaan, kata Agy, ia bertitik tolak daripada minat yang timbul dalam dirinya sendiri dan bukan dipengaruhi keluarga.

“Bapa saya seorang nelayan dan ibu saya merupakan bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan, jadi memang tiada kaitan.

“Pertama kali jadi model, saya bantu pelajar universiti. Saya memang suka sebab dia bagi saya satu karakter yang lain.

“Saya memang suka perkara sebegitu. Saya suka berlakon, memperaga, menari dan menyanyi,” katanya. Bagaimana pun, bakat seni yang mengalir dalam darah keluarganya sedikit sebanyak membantu dalam mengejar impian.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ahli keluarganya memiliki bakat dalam bidang seni, namun hanya beliau yang melibatkan
diri secara profesional.

“Boleh dikatakan ahli keluarga saya ini memang berbakat seni. Kebanyakannya boleh menyanyi dengan baik walaupun secara tidak profesional.

“Saya antara yang betul-betul berminat untuk teruskan kerjaya ini ke arah yang lebih serius,” katanya.

Siapa sangka, bermula dengan sekadar angan-angan sejak bertahun lama namun berbekalkan bakat dan kesungguhan beliau mampu meraih kejayaan pada hari ini pada hari ini apabila namanya kian meniti populariti.

“Semuanya bermula dengan angan-angan sejak bertahun lamanya. Ia sangat penting sebagai pembakar diri untuk menjadi apa yang kita inginkan.

“Sambil berangan saya berusaha dan cari jalan. Saya pergi uji bakat dan tidak dinafikan memang banyak kali juga ditolak sebelum saya tular
dengan gaya-gaya menarik,” ujarnya.

Bersama keluarga tersayang.

PERNAH BUKA KAFE

Di sebalik lagaknya yang suka bergaya, jejaka ini handal membuat kek. Malah, beliau pernah membuka sebuah kafe di Banting, Selangor.

Menariknya, manisan disediakan semuanya dihasilkannya sendiri tanpa mengikut sebarang kelas dan didikan profesional.

“Saya belajar sendiri secara atas talian melalui video, lalu diolah mengikut kesesuaian.

“Saya tengok, cuba buat dan kemudian jadi. Ini semua disebabkan memang saya minat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×