MINUMAN tenaga semakin menjadi pilihan pengguna, tidak terkecuali dalam kalangan atlet yang sentiasa bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Minuman tenaga mengandungi karbohidrat dalam bentuk gula, elektrolit, perisa, pengawet dan vitamin lain untuk badan, boleh memulihkan karbohidrat yang digunakan badan semasa melakukan aktiviti. Memahami keperluan itu, Profesor Kejuruteraan Bahan Makanan dan Teknologi Serbuk, Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Ir. Dr. Yus Aniza Yusof bersama…










