SUKAN Olimpik Musim Panas 2024 yang turut dikenali sebagai Paris 2024, bakal berlangsung di Paris,
Perancis 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Fotografi sukan merupakan salah satu genre mencabar minda dan keupayaan jurufoto terutama kepada
acara pelbagai seperti Sukan Olimpik.
Ribuan jurufoto profesional seluruh dunia berkumpul menunggu detik berharga itu Julai ini.
Peralatan rapi seperti kamera dan lensa amat penting ketika merakam aksi lasak di lapangan.

Kebanyakan jurufoto sukan memerlukan kamera responsif (berteknologi tinggi) dan terbaharu yang mampu menjejak subjek dengan tepat dan meyakinkan supaya imej dirakam berkualiti tinggi.
Saya merasai temasya sukan terbesar ini di Athens, Greece pada 2004. Ramai jaguh sukan negara terbabit antaranya Wong Choong Hann, Muhammad Roslin Hashim, Josiah Ng, Nazmizan Mohamad, Yuan Yufang, Leong Mun Yee dan ramai lagi.
Pembidik-pembidik di Sukan Olimpik sentiasa mencari gambar juara-juara dan pemecah rekod dunia baharu.
Di garisan penamat atau momen photo finish, kebiasaannya jurufoto menyediakan dua sudut berbeza iaitu lensa telefoto dan lensa sudut lebar bersama remote camera triggering sekiranya atlet berjaya mencipta rekod dunia atau
Olimpik.

Jurufoto-jurufoto sukan ini sentiasa mencari gambar istimewa yang tidak dilihat oleh orang lain kerana semua orang di sana sudah tahu cara mengambil gambar garisan penamat atau reaksi yang hebat.
Inovasi membantu mengekalkan karya menarik kepada pengikut Sukan Olimpik yang mengharapkan imej berkualiti tinggi pada hari acara tersebut.
Banyak kerja dan tenaga digunakan untuk menyediakan gambar yang paling istimewa.
Editor memilih antara berjuta-juta gambar untuk mencari gambar paling sesuai untuk dipersembahkan kepada umum.
Ramai di antara mereka mencari logo cincin Olimpik untuk berada dalam gambar mereka atau label ‘Paris,’ ‘Olimpik,’ atau ‘2024.’

Gambar yang hebat memerlukan perancangan yang tepat, pemahaman yang kukuh tentang sukan yang diambil dan inisiatif untuk menyelesaikan kerja dan mencari gambar terbaik. Anda ingin menunjukkan emosi dan semangat setiap atlet yang anda rakamkan.
Warisan visual ditinggalkan oleh gambar adalah salah satu kenangan paling berkuasa dan berkekalan untuk bandar tuan rumah.
Saya kongsikan beberapa keping gambar momen-momen indah di Sukan Olimpik Athens.











