Serangga mati pun tetap bernilai

Serangga mati pun tetap bernilai

MUHAMMAD Danial memegang ulat gonggok gergasi merah dan hitam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUMNYA, serangga jarang dijadikan haiwan peliharaan kerana saiznya yang kecil.

Barangkali ada juga yang akan mempersoalkan cara penjagaan selain aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

Namun serangga tetap ada peminatnya. Antara yang boleh dijadikan haiwan peliharaan
adalah kumbang, mentadak, lipas, tarantula, kala jengking dan ulat gonggok.

Perspektif terhadap serangga yang dibela juga berbeza kerana kebanyakan variasi spesis yang dibela adalah unik dan rare.

Cara penjagaannya yang mudah turut menjadikan serangga haiwan peliharaan.

Penyelia Exo Reptiles cawangan Kota Damansara, Muhammad Danial Misli berkata, amnya serangga tidak memerlukan sebarang penjagaan khusus harian yang rumit.

Ujarnya, pemilik hanya perlu memastikan suhu dan kelembaban berada pada tahap yang bersesuaian.

“Ia tidak perlukan bekas penyimpanan yang khas, sebaliknya dalam cawan plastik pun sudah memadai.

“Pemilik hanya kena pastikan suhu antara 20 ke 27 darjah selsius dan makanan yang mencukupi,” katanya kepada Seri.

Muhammad Danial berkata, kebanyakan serangga hanya diberikan lalat buah dan serangga kecil yang lain kecuali kumbang kerana ia memakan buah.

“Serangga ini, dia makan serangga juga. Jadi perbezaannya tidak banyak dan biasanya kami
bagi lalat buah.

“Untuk kumbang, kami berinya makan buah. Apa sahaja buah contohnya seperti pisang masak,” katanya.

SEBAGAI KOLEKSI

Apa yang menarik adalah kebanyakan pecinta serangga ini menjadikan koleksi mereka seakan-akan dekorasi terutama bagi serangga yang cantik dan mempunyai fizikal yang lain daripada yang lain.

Malah, ada peminatnya sanggup membayar ribuan ringgit hanya untuk seekor haiwan berbesar tapak tangan yang mempunyai jangka hayat pendek.

“Jangka hayat serangga bergantung kepada spesis, jantina dan cara penjagaan. Umumnya hayatnya bertahan antara enam bulan hingga 10 tahun sahaja,” katanya.

Permintaan tinggi bagi peliharaan jenis serangga itu turut meluas sehingga ke negara Asia lain seperti Hong Kong dan Jepun.

Kumbang dan mentadak merupakan antara dua jenis serangga yang mempunyai permintaan paling tinggi.

Bagi serangga seperti kala jengking pula, kebiasaannya ia dibeli oleh pengumpul dan profesional.

“Kala jengking yang dijual ada beberapa jenis termasuk berbisa dan tidak berbisa. Tetapi untuk yang berbisa pun ada level tersendiri dan masih selamat untuk manusia.

“Selalu yang beli kala jengking ni memang collector dan dia kenal haiwan itu.

KALA jengking jenis Tailless Whip.

Menariknya serangga, biarpun sudah mati ia tetap ada permintaan dan nilai tersendiri.

Bagi pemilik, selepas haiwan itu mati, pemilik boleh menjalankan proses taxidermy iaitu pengawetan dan pengeringan haiwan untuk dijadikan perhiasan yang diletakkan dalam bingkai gambar.

PEMILIKAN LESEN

Apabila bercakap tentang haiwan dari spesis yang rare dan sukar untuk didapati, sudah tentu pemilikannya memerlukan prosedur yang lebih terperinci seperti memerlukan lesen.

Serangga adalah tidak terkecuali dari senarai, lebih-lebih lagi bagi spesis mentadak orkid dan mentadak hantu.

Pemilikan lesen adalah bergantung kepada beberapa aspek seperti jumlah yang dihasilkan dan perlindungan yang diletakkan ke atas haiwan tersebut.

Selain menjual serangga, Exo Reptiles turut menyediakan kemudahan mendapatkan lesen pemilikan serangga milikan individu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN