Bukan hamil, tapi keracunan makanan - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Bukan hamil, tapi keracunan makanan – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkongsian pelakon, Fasha Sandha yang mengalami muntah-muntah mencetuskan spekulasi segelintir warganet yang mendakwa aktress itu sedang hamil.

Bagaimanapun, Fasha menerusi media sosialnya hari ini menafikan spekulasi tersebut dan memaklumkan dia mengalami keracunan makanan sehingga menyebabkan dia muntah-muntah.

“Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan. Sekejap sahaja sakit dan muntah.

“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib saya tidak begitu baik pada hari tersebut.

“Makanan atau minuman itu mungkin terkena kuman atau air yang digunakan tidak masak. Hati-hati ya semua,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, pelakon drama Rampas Cintaku itu menyuarakan hasrat bersedia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata lelaki.

“Sementara itu, Fasha juga memaklumkan dia kini berada dalam keadaan sihat dan semkain pulih daripada keracunan makanan yang dialami.

“Alhamdulillah saya semakin pulih. Terima kasih kerana ambil berat tentang saya. Saya ini jarang sakit.

“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.

“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” kongsinya.

Untuk info, Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Pelakon itu juga memiliki dua cahaya mata, Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8 hasil perkahwinan dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya