Ada suami tinggalkan isteri hidap kanser

Ada suami tinggalkan isteri hidap kanser

Zuraini (kiri) menyerahkan ) menghulurkan sumbangan kepada pesakit kanser
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADA segelintir suami tergamak meninggalkan isterinya apabila disahkan menghidap kanser.

Situasi berkenaan menyebabkan isteri yang kebanyakannya suri rumah hilang arah dan tempat bergantung, sekali gus sukar mendapatkan rawatan sewajarnya.

Pengasas Cancer Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berkata, kes itu bukan isu terpencil, malah barubaru ini beliau didatangi wanita yang mengaku tidak menjalani rawatan kanser daripada awal, berikutan ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah.

Malangnya wanita berkenaan terpaksa menanggung derita kanser yang memasuki tahap empat paliatif tanpa kehadiran dan sokongan si suami di sisi.

Penjagaan paliatif merupakan perdekatan perubatan bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit yang berdepan penyakit mengancam nyawa yang
bertujuan untuk mengatasi dan mengurangkan penderitaan, sama ada melalui rawatan fizikal, psikososial dan spiritual.

Penjagaan berkenaan adalah untuk pesakit barah peringkat akhir dengan jangka hayat pendek.

“Kisah begini memang banyak. Ada suami tidak memberikan sokongan bahkan lari meninggalkan isteri terkontang-kanting bila dapat tahu kena kanser.

“Sedangkan pesakit memerlukan sokongan bukan sahaja daripada segi kewangan, tetapi sokongan moral untuk melawan penyakit,” kata Zuraini.

Paling tidak boleh diterima akal, bila ada dalam kalangan suami, tidak membenarkan isteri menjalani rawatankanser atas pelbagai faktordan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.

“Akhirnya, pasangan lambat mendapatkan rawatan sekali gus meningkatkan risiko kesihatan mereka sedangkan kanser berpotensi
tinggi untuk sembuh sekiranya mendapat rawatan dari peringkat awal,” jelasnya.

TINGKAT KEFAHAMAN

Melihat kepada kes-kes sedemikian menyebabkan Zuraini merasakan pentingnya peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti CSM
untuk memberi pendidikan dan pencerahan mengenai penyakit berkenaan, terutamanya kepada golongan yang menetap di kawasan pedalaman dan kurang pendedahan kepada dunia luar.

“Pada awalnya saya tubuhkan persatuan ini sebagai kumpulan sokongan alam maya kepada pesakit kanser.

“Sebagai bekas pesakit kanser, saya sangat memahami rakan-rakan senasib yang sangat memerlukan sokongan dan bantuan kerana bukan mudahuntuk menerima kenyataan tersebut,” katanya yang merupakan pemandiri kanser Endometrium.

Disahkan menghidap kanser dinding rahim itu pada Mac 2012, memori hitam itu masih tersemat dalam ingatan Zuraini.

Namun kesungguhannya menjalani rawatan sejak peringkat awal memberikan semula sinar dalam hidup dan menyedarkan dia bahawa proses ‘melawan’ penyakit berkenaan bukan mudah.

BANGKIT SEMULA
Zuraini mengambil masa selama empat tahun untuk bangkit semula dan hidup sebagai pemandiri kanser.

“Selepas kembali sihat, pada 2014 saya tubuhkan CSM untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai pemandiri kanser.

“Saya mahu memberikan kesedaran tentang pengurusan rawatan kanser yang betul kepada pesakit berdasarkan pengalaman saya,” katanya sambil
menambah masih ramai yang takut untuk menjalani rawatan dengan pakar bertauliah.

Ujarnya, ramai yang masih menyalah tafsir kanser sebagai buatan orang dan lebih memilih rawatan alternatif berbanding berjumpa pakar di pusat perubatan.

“Masih ramai yang ingat kena buatan orang, lepas itu pergi jumpa bomoh.

“Ia berlaku sebab kefahaman mengenai kanser masih kurang. Bukan kata orang di pedalaman sahaja, di bandar pun masih ada yang berfikiran begini. Sebab itu kami ingin bagi kesedaran supaya pesakit mendapatkan rawatan awal,” kongsinya lagi.

CSM turut menghulurkan sumbangan kepada pesakit kanser yang memerlukan, terutamanya golongan asnaf memandangkan keperluan serta kos rawatan penyakit berkenaan agak tinggi.

“Kami beri apa yang mereka perlukan bukan apa yang kami ingin beri. Pengalaman kami sebagai pemandiri kanser membantu kami untuk tahu apa yang diperlukan sepanjang proses rawatan.

“Fokus kami adalah pesakit daripada golongan kurang berkemampuan. Kkebanyakannya tidak mempunyai insurans perubatan dan memerlukan sumbangan sama ada daripada segi kewangan mahupun barangan keperluan lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN