Bangunan DUN Sarawak siap dalam 1,200 jam

Bangunan DUN Sarawak siap dalam 1,200 jam

GAMBARAN suasana di bandar Kuching, Sarawak di Miniland Amazing Malaysia. Tarikan ini dibuka pada September 2023 membabitkan kawasan seluas 381 meter persegi dan menggunakan keseluruhan 1.38 juta Lego bagi penghasilan 126 model.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROSES rekaan dan pembinaan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya mengambil masa selama 1,200 jam untuk disiapkan oleh lapan tenaga kerja.

Jangan terkejut kerana mercu tanda itu bukan yang terletak di Sarawak sebaliknya, dalam bentuk
miniatur yang dibangunkan di Miniland Amazing Malaysia di taman tema, Legoland.

Tarikan terbaharu itu membolehkan orang ramai menjelajah ke pelbagai destinasi ikonik yang kaya
dengan warisan dan budaya di lapan negeri dalam satu masa.

PENGUNJUNG berpeluang melihat seni bina rumah panjang di Sarawak.

Selain Kuching di Sarawak, pengunjung dapat ‘melancong’ ke Sabah termasuk ke Pusat Pemuliharaan Orangutan Sepilok dan ‘menjejakkan’ kaki dengan mudah ke puncak Gunung Kinabalu.

Gunung setinggi 3.6 meter itu merupakan binaan batuan terbesar di Miniland.

Kembara diteruskan di Melaka yang menyaksikan penggunaan hampir 20,000 Lego berwarna merah terang.

Bahkan, binaan Gereja Christ sahaja memerlukan sebanyak 8,500 elemen Lego dan mengambil masa selama 90 jam untuk disiapkan.

Selain melihat keindahan seni bina Kota A’ Famosa, pengujung turut disajikan dengan kemeriahan suasana di Jonker Walk dan hiasan beca berwarna-warni yang bergerak di pusat bandar dengan iringan muzik.

Batu Caves.

Tarikan lain adalah di Ipoh, Taman Negara dan Batu Caves yang menampilkan patung Dewa Murugan dibina dengan menggunakan 7,000 lego berwarna emas.

Di Pulau Pinang, orang ramai pasti terpesona dengan binaan jambatan ikonik di negeri itu yang melibatkan sebanyak 40,000 Lego di samping menara Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Amazing Miniland Malaysia Kota Bharu, Kelantan.

Jelajah berakhir di Kota Bharu, Kelantan dan pengunjung berpeluang melihat wayang kulit serta permainan tradisi, gasing.

 

PLATFORM EDUTAINMENT
Miniland Amazing Malaysia dibangunkan dengan DNA untuk memupuk pembelajaran ketika bermain.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, menerusi pendekatan itu, proses menimba ilmu bertukar menjadi pengembaraan menarik, bahkan pengunjung dapat merasai suasana sebenar Malaysia yang dahulu dan sekarang.

“Semoga pengunjung sekeluarga dapat menikmati keunikan Malaysia menerusi kunjungan ke Miniland Amazing ini sekali gus menyuntik semangat mereka untuk menerokai destinasi menarik di tanah air tercinta,” katanya dalam majlis pelancaran baru-baru ini.

CS LIM

Bagi Pereka Projek Lego, Khadzlan Hairani Ali Omar, pembangunan Miniland Amazing Malaysia melibatkan keseluruhan 100 tenaga kerja dengan 90 peratus adalah pasukan tempatan.

Katanya, setiap satu model binaan itu melambangkan keunikan dan kepelbagaian budaya dan warisan negara.

“Kunjungan ke Miniland Amazing ini menjanjikan pengalaman berbeza untuk seseorang memahami dan melihat tanah air secara lebih dekat sekali gus lebih menghargai Malaysia,” katanya. –UTUSAN

PERCUTIAN ke Miniland Amazing Malaysia di Legoland tambah bermakna dengan menginap di bilik terbaharu, Lego Friends

MINILAND AMAZING MALAYSIA
» Dibuka pada September 2023 membabitkan kawasanseluas 381 meter persegi.
» Menggunakan keseluruhan 1.38 juta Lego bagi penghasilan 126 model.
» Pembinaan mengambil masa lebih 14,000 jam
» Menampilkan lapan negeri di Malaysia iaitu Taman Negara (Pahang), Melaka, Batu Caves (Kuala Lumpur), Ipoh (Perak), Georgetown (Pulau Pinang), Kota Bharu (Kelantan), Sabah dan Sarawak.
» Turut disediakan ruangan Coral Reef Lego Building Experience yang membolehkan pengunjung membina khazanah marin.
» Pengunjung juga boleh menginap di Legoland Hotel yang menawarkan bilik baharu bertemakan, Lego Friends.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.