RFID jejak kambing hilang

RFID jejak kambing hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTAMBAHAN pemilik dan bilangan kambing yang ingin diurus-selia disamping perkembangan perniagaan antara faktor mendorong penyedia perkhidmatan penternakan kambing melakukan revolusi dalam proses penternakan.

Misalnya, mengaplikasikan teknologi yang mampu mengawal selia proses penternakan dengan lebih bagi meningkatkan kepercayaan penternak
terhadap syarikat penyedia perkhidmatan.

Itu yang dilakukan oleh syarikat Biovet International Sdn. Bhd., merupakan syarikat tempatan yang menjalankan perusahaan penternakan kambing yang terletak di Temerloh Pahang. Syarikat menawarkan pakej perkhidmatan menternak kambing kepada sesiapa sahaja yang berminat
dalam industri penternakan kambing itu, mengaplikasikan teknologi semasa dalam tadbir urus syarikat.

Melalui penawaran geran penyelidikan kepada kumpulan penyelidik Applied Mathematics and System Development (AmSys) di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, ia menghasilkan satu sistem pemantauan pergerakkan kambing.

Proses itu direalisasikan dengan mengaplikasikan teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) yang dibangunkan kumpulan penyelidik tersebut.

Pengaplikasian RFID dalam tadbir urus dapat membantu pihak syarikat memantau pergerakkan setiap ekor kambing di sekitar kawasan kandang dan ladang ternakan.

Selain itu, ia juga dapat mengawal dan mengelakkan daripada berlakunya kes kehilangan kambing.

Pemilik kambing turut dapat mengetahui dan mengikuti perkembangan semasa ternakan mereka secara langsung melalui aplikasi yang dipasang di
peranti pintar.

PANTAU KESIHATAN
Tambahan lagi, sistem ini membantu syarikat dalam pemantauan kesihatan kambing seperti jenis suntikan vaksin yang telah atau bakal diterima kambing, jenis penyakit dan ubatubatan diperlukan atau telah diberikan kepada kambing.

Melalui sistem ini juga, syarikat dapat memantau perkembangan setiap ekor kambing dengan lebih komprehensif.

Manakala dalam tadbir urus syarikat, sistem menawarkan ciri inventori dan pelaporan yang diperlukan bagi
membantu pihak syarikat kekal releven dalam industri penternakan.

Umumnya, syarikat berkenaan menawarkan perkhidmatan menternak kambing secara menyeluruh termasuk penyediaan kandang, makanan, pembiakan, penjagaan dan penyeliaan kesihatan kambing.

Oleh itu, dengan mengaplikasikan teknologi semasa dapat membantu pihak syarikat dalam melancarkan operasi pengurusan dan penyeliaan
kambing-kambing yang dimiliki oleh ramai pemilik daripada pelbagai latar belakang.

Maka, tiada kekhuatiran oleh pemilik terhadap kambing-kambing ternakan mereka kerana pihak syarikat akan menjaga dan menyelia ternakan mereka sebaik mungkin dan pihak syarikat juga akan memaklumkan setiap perkembangan
kambing kepada pemiliknya secara berkala.

TADBIR URUS EFISYEN
Perkembangan teknologi ini membantu merubah cara kerja dan tadbir urus ke arah yang lebih positif dan efisien.

Menurut Pengarah Syarikat, Tuan Syed Naufal Putra Syed Ja’afar, sistem berkenaan membantu menjadikan proses pemantauan lebih mudah.

Di mana sistem berkenaan membantu dalam memantau pergerakkan dan perkembangan ternakan, serta memudahkan komunikasi dua hala antara syarikat dan pemilik ternakan.

Nyata kerjasama antara usahawan dengan institusi pengajian tinggi memberikan manfaat pada dua-dua pihak.

PENULIS adalah Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya