madu kelulut rawat ulser perut

Madu Kelulut mampu rawat ulser perut?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sakitnya bukan kepalang sekiranya diserang ulser perut.

Rasa nyeri pada bahagian tersebut adakalanya membuatkan seseorang hanya mampu terbaring menahan kesakitan.

Kebiasaannya, penyakit berkenaan dirawat menggunakan antibiotik dan ubat untuk mengurangkan dan menyekat asid perut, bergantung kepada penyebab ulser.

Bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Pensyarah Jabatan Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM), Prof. Madya Dr. Nur Azlina Mohd. Fahami mendapati terdapat manfaat daripada madu kelulut dalam merawat penyakit berkenaan.
Menurut beliau, madu kelulut juga sebenarnya berpotensi merawat ulser perut.

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu mengurangkan rasa pedih gastrik.

Ini bermakna, pengambilan hasilan daripada spesies lebah yang tidak menyengat ini berpotensi memberikan manfaat kesihatan tubuh secara keseluruhan.

“Kandungan antioksidan asid fenolik ini adalah jauh lebih tinggi berbanding madu tempatan atau kebanyakan madu import.

“Bahan ini mampu mengurangkan asid perut serta keradangan perut dan melegakan kesakitan akibat ulser perut,” katanya.

PENGGUNAAN BERLEBIHAN UBAT TAHAN SAKIT

Mengulas lanjut, katanya, penyebab ulser perut yang paling biasa adalah disebabkan oleh penggunaan berlebihan ubat penahan sakit, seperti aspirin (Bayer).

Selain itu, ubat anti-radang (NSAIDs), seperti ibuprofen (Advil, Motrin) atau naproxen (Naprosyn).

“Berdasarkan kajian kami, madu sesuai digunakan untuk menghalang sakit perut serta pembentukan ulser perut akibat pengambilan ubat tahan sakit. Kajian telah menujukkan pengunaan madu kelulut mampu merawat gastritis dan ulser perut yang ringan.

“Selagi anda mempunyai paras gula dalam darah yang normal, madu boleh dinikmati seperti mana-mana pemanis, dengan bonus mungkin melegakan ulser anda.” terangnya.

Tambahnya, salah satu keistimewaan madu kelulut Malaysia adalah kandungan gula semula jadi yang dikenali sebagai trehalulose sebanyak 84 peratus daripada kandungan gula madu tersebut.

“Kandungan trehalulose yang tinggi ini membantu pengguna menjaga nilai indeks glisemik yang rendah (GI) yang dapat diserap secara perlahan ke dalam aliran darah kita selain menghalang daripada meningkatkan mendadak tahap gula dalam darah,” katanya.

Menurutnya, rawatan menggunakan bahan semula jadi seperti madu kelulut mempunyai potensi dan perlu diterokai kerana ia bukan sahaja mudah diperolehi bahkan tidak mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan.

PENGAMBILAN SECARA TERUS

Malah, pengambilannya juga mudah dan lebih senang diamalkan terutamanya bagi golongan yang mempunyai masalah ‘takut ubat’.

Madu kelulut boleh diambil terus secara oral sebanyak satu atau dua sudu besar setiap hari atau boleh juga dicampurkan dengan air sebelum diminum.

“Madu kelulut bukan sahaja berkhasiat dan bermanfaat terhadap kesihatan, malah ia adalah produk agro yang berpotensi untuk dikembangkan memandangkan permintaannya yang tinggi.

“Lebah kelulut yang merupakan spesies lebah tidak berbisa menjadi sebutan sejak projek besar-besaran berkenaan penternakan kelulut dilancarkan pada tahun 2012 oleh Institut Penyelidikan dan Kamajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan dalam Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030.

“Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengiktiraf madu kelulut sebagai ‘superfood’ pertama di Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan penyelidikan dari jabatan itu juga telah berjaya mendapat geran dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk dana penyelidikan berkaitan madu kelulut.

Menurut beliau, meski pun ujian klinikal madu kelulut masih dalam peringkat awal, khasiat madu kelulut sebagai sebagai ‘home remidies’ untuk melegakan ulser perut diakui di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya