Kiasan bahasa Melayu Sarawak

Kiasan bahasa Melayu Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KREATIVITI, kebijaksanaan dan ketinggian akal budi orang Melayu mencipta kiasan walaupun hanya menggunakan satu perkataan tetapi banyak simpulan bahasa atau peribahasa dilahirkan.

Contohnya, perkataan makan dijadikan kiasan seperti makan hati, makan rasuah, makan diri, makan kawan dan banyak lagi.

Begitu juga kiasan yang dicipta oleh orang Melayu Sarawak iaitu makan hol yang bermaksud kenduri ulang tahun kematian.

Sebenarnya, orang Melayu Sarawak mempunyai bahasa Melayu mereka tersendiri dan membawa maksud yang berbeza.

Ujar penulis buku Ungkapan Berkias Orang Melayu Sarawak, Dr. Abang Patdeli Abang Muhi, buku yang ditulis mempunyai pelbagai perkataan lain menghimpunkan peribahasa yang dituturkan oleh orang Melayu Sarawak.

“Namanya juga bahasa Melayu Srawak maka tidaklah jauh beza dengan bahasa Melayu baku atau yang dituturkan sebahagian negeri di Semenanjung Malaysia.

“Namun disebabkan orang Melayu Sarawak mempunyai bahasanya jadi lahirlah peribahasa dan pantun sendiri dalam bahasa itu,” ujarnya dalam Bicara Karyawan Ungkapan Berkias Orang Melayu Sarawak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) baru-baru ini.

Yang mendorong penulis untuk mengumpul ungkapan berkias orang Melayu Sarawak ini sebenarnya ketika di peringkat pengajian foktor falsafah (peradaban Melayu), jadi beliau memilih bidang peribahasa orang Melayu Sarawak sebagai kajian akal budi.

Atas kesedaran itu, Abang Patdeli mengumpul peribahasa orang Melayu Sarawak supaya dapat dibukukan.

“Usaha awal ini adalah kerana bimbang jika tiada siapa yang mengumpulkan peribahasa Melayu Sarawak dan sukar menjadi rujukan generasi akan datang.

“Saya berharap agar ada yang meneruskan dan menyambung usaha yang saya mulakan ini,” ujarnya.

Abang Patdeli menggunakan banyak pendekatan bertemu suku kaum termasuk orang Melayu Sarawak kerana mereka tidak ada tradisi tulisan, merujuk buku yang telah diterbitkan dan cerita rakyat yang digunakan untuk mengumpulkan peribahasa orang Melayu Sarawak sendiri.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan khususnya para pengkaji, pensyarah dan pelajar selain menjadikan peribahasa orang Melayu Sarawak ini terus terpelihara untuk generasi akan datang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya