Empat ciri utama Honor Pad X9 yang menarik

Empat ciri utama Honor Pad X9 yang menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama telefon pintar Malaysia, Honor X9 kembali dengan inovasi teknologi tablet terbaharu, Honor Pad X9.

Keluaran terbaharu itu dilancarkan pada bulan lepas dan dimaklumkan sudah dijual bermula 25 Ogos ini.

Dengan lambakan beberapa jenama tablet ketika ini, sudah tentu ramai yang keliru untuk membuat pilihan.

Di sini kami kupaskan satu persatu ciri utama pada tablet baharu ini yang menjadikannya sebagai pesaing utama jenama lain.

1. Hadir dengan sambungan LTE
Rasanya ini yang paling menarik kerana ia hadir dengan sambungan LTE. Ini bermakna pengguna dapat terus berhubung tanpa sebarang ikatan lagi. Kebiasannya ramai yang kelam-kabut mencari kawasan yang ada Wi-Fi atau bosan menunggu lama untuk internet dihubungkan dengan telefon pintar. Namun, dengan inovasi baharu ini sambungan LTE membantu kebebasan berhubung menjadikan penggunaan internet lebih mudah untuk bekerja di luar pejabat, mesyuarat secara maya atau belajar secara dalam talian.

2. Paparan keselesaan mata
Kini, ramai yang sudah mula mementingkan keselesaan mata terutama dalam penggunaan tablet bagi melindungi kesihatan organ berkenaan.
Ia hadir dengan paparan FullView 11.5 inci untuk pengalaman pemandangan yang sinematik. Ia juga memiliki nisbah skrin ke badan 86 peratus yang menyokong resolusi 2000×1200 piksel dan kadar segar semula pintar 120Hz. Ciri berkenaan sudah tentu akan memberikan keselesaan sama ada ketika sedang membaca atau menikmati filem kegemaran. Paling penting, ia turut memiliki ciri perlindungan mata yang canggih termasuk teknologi Pensijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland. Tablet itu mengutamakan kesihatan mata, mengurangkan sakit mata ketika penggunaan lama. Pemalapan dinamik dan paparan malam sirkadia juga menambah keselesaan pemandangan memastikan aktiviti yang dibuat menggunakan tablet berkenaan tidak menjejaskan kesihatan penglihatan.

3. Enam pembesar suara
Ya, enam! Tablet ini memiliki enam pembesar suara sistem keliling yang memberikan ilusi bunyi yang lebih ‘hidup’.
Teknologi penambahbaikan vokal memastikan komunikasi sangat jelas didengari ketika kelas dalam talian yang menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan interaktif berbanding dahulu. Ia turut menawarkan hiburan dengan sistem audio yang dipertingkatkan.

4. Kuasa Bertemu Prestasi
Di sebalik luaran yang elegan terdapat penjana prestasi yang berkuasa. Honor Pad X9 dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G yang menghasilkan kecekapan dan kelajuan yang baik. Digandingkan dengan RAM 7GB dan penstoran 128GB (termasuk Honor RAM Turbo 3GB), pengguna memiliki prestasi dan ruang yang besar untuk menyiapkan tugasan dan mencurahkan kreativiti. Bateri pula sebesar 7250mAh dan menyokong Honor SuperCharge 22.5W. Penstriman video dapat dilakukan selama 13 jam dan 12 jam muzik tanpa henti.
Kesemua kehebatan kuasa ini dijana dalam bingkai 6.9 milimeter (mm) yang hanya seberat 495 gram (g) memastikannya mudah dibawa ke mana sahaja tanpa kompromi. Sebagai pelengkap, tablet ini hadir dengan papan kekunci Bluetooth. Direka untuk menaip dengan lancar dan efektif, aksesori tambahan ini mengubah tablet menjadi sebuah penjana kuasa untuk kerja, kreativiti dan hiburan. Rekaan itu memberikan pengalaman seakan menaip di komputer dengan rekaan kekunci 5 barisan dan ketukan kekunci setinggi 1.6mm. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya