Bekam alternatif sihat, cantik, anti-penuaan

Bekam alternatif sihat, cantik, anti-penuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBEKAM merupakan sunnah Rasulullah SAW. Rawatan itu sudah wujud sejak ribuan tahun lalu dengan menggunakan alatan seperti tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Amalan berbekam bermaksud menyedut keluar darah kotor daripada tubuh yang dipercayai dapat mengurangkan gejala penyakit dan alternatif rawatan kecantikan.

Terdapat beberapa jenis bekam antaranya bekam darah, angin, api, lintah dan lain-lain yang memberi kebaikan kepada kesihatan.

Bekam darah bukan sahaja diamalkan oleh orang Islam tetapi dalam rawatan Cina yang menumpukan kepada bekam kering atau bekam angin.

Juruterapi di Spa Bekam Ar Rayyan, Nur Aslinda Mohd. Asri berkata, bekam darah dilakukan dengan menoreh bahagian pada badan untuk mengeluarkan darah kotor tanpa menyakitkan.

“Seperti bekam kering atau angin ia tanpa tusukan jarum. fungsinya bukan untuk mengeluarkan angin sahaja tetapi boleh melembutkan saraf.

“Bekam darah yang dilakukan pada wajah atau badan juga bagus untuk kecantikan dan anti-penuaan. Apabila berbekam, aliran darah menjadi lancar dan hasil maklum balas pelanggan, kulit mereka tampil lebih berseri, cantik dan kurang garis halus.

“Jika untuk kecantikan, pelanggan dicadangkan berbekam pada wajah dan hasilnya, jerawat akan mula mengecut, jeragat pudar dan kulit lebih segar. Sebenarnya aliran darah yang lancar memberikan hasil kulit yang berseri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, katanya, bekam juga boleh merawat resdung dan pelbagai penyakit.


BEKAM MENYAKITKAN?
Tanggapan masyarakat kononnya rawatan bekam menakutkan ditepis Nur Aslinda kerana katanya, rawatan terkini kurang menyakitkan malah luka cepat kering dan sembuh.

Katanya, dahulu torehan menggunakan pisau dan adakala menyebabkan badan sakit tetapi kini menggunakan jarum halus.

“Dengan jarum halus, darah hanya akan keluar sedikit dan luka pun cepat sembuh,” ujarnya.

HILANG BANYAK DARAH?
Nur Aslinda menambah, berbekam hanya mengeluarkan darah yang ada pada bawah kulit sahaja tanpa menyentuh arteri atau saluran darah besar.

“Sebelum berbekam, kita akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Individu yang mempunyai masalah darah dinasihatakan untuk tidak melakukannya. Kalau kita keluarkan darah kotor bimbang ganggu kesihatan mereka.

“Masalah seperti kanser darah dan anemia tidak boleh berbekam,” katanya.


INDIVIDU TIDAK BOLEH BEKAM?
» Wanita mengandung
» Orang tua yang uzur
» Pesakit kencing manis
» Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

MASA TERBAIK
» Sebulan sekali atau tiga bulan sekali bergantung kepada gaya hidup.
» Setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 hijrah.
» Jika tiada penyakit, boleh lakukan dua atau tiga bulan sekali.

KESAN SAMPINGAN
» Rasa gatal yang normal pada kulit selepas berbekam. Bersihkan diri atau mandi seperti biasa menggunakan sabun.

PANTANG LARANG
» Tiada sebarang larangan ketika, sebelum atau selepas berbekam. Terpulang kepada individu untuk berpantang. Jika mempunyai masalah elergi, elak makanan yang menyebabkan kegatalan dalam tempoh dua hari sehingga luka kering.

PERLU PUASA ATAU TIDAK?
» Berpuasa tidak mengganggu aktiviti berbekam. Disarankan makan roti atau makanan ringan sekadar isi perut terutama individu yang mempunyai tekanan darah rendah. Elak makan nasi atau yang terlalu mengenyangkan.

ALTERNATIF JAGA KESIHATAN
» Boleh dijadikan rawatan healing untuk individu yang selalu stres
» Sesuai untuk mereka yang kerap migrain.
» Bagi penyakit tiga serangkai amalan bekam dapat mengekalkan bacaan gula dan lemak dalam darah tetapi perlu dilakukan secara konsisten.
» Stres belakang tengkuk berkurangan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya