Penawar pencari cinta

Penawar pencari cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENCINTAI diri sendiri adalah mencintai Allah SWT, Rasulullah, ibu bapa, ilmu dan kebaikan. Cinta-cinta itu telah terhimpun dalam jiwa. Cinta jugalah yang menjadi motivasi dan mengalirkan kekuatan saat manusia lelah.

Buku Hadis Cinta tulisan Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Abidah Abd. Rahim dan Hanisah Osman ini umpama ubat kepada hati yang kering dengan rasa cinta, namun setelah membacanya hati dibasahi dengan cinta dan kasih sayang.

Kata-kata tertera pada kulit buku ini sesuai buat mereka yang sukakan cinta, sekali gus merupakan bacaan yang tepat untuk dihadam.

Penulis turut menampilkan koleksi sebahagian hadis berkaitan cinta yang terdapat dalam beberapa kitab.

Malah, cara penyampaiannya praktikal dan mudah difahami untuk setiap individu.

Tidak sukar untuk memahami buku ini walupun antara isi kandungannya ialah ayat-ayat hadis kerana penerangan yang diberikan jelas hingga mampu mendorong seseorang mengakhiri bacaan ke muka surat terakhir.

Buku ini mengandungi lapan bab. Menariknya, hadis dihuraikan berserta contoh. Penulis mengaitkan cinta dengan dua hal iaitu personaliti dan amalan.

Personaliti adalah tingkah laku dalam jiwa dan terus dipamerkan keluar sama ada perbuatan baik atau buruk. Manakala amalan pula berkait dengan perbuatan baik dan buruk sentiasa dilakukan yang memberi kesan kepada jiwa.

Justeru, buku ini menjadi panduan dan bimbingan agar kehidupan seseorang sentiasa dalam kebaikan serta mendapat keredaan Allah.

Malah, pembaca akan tertarik kulit buku yang mempunyai warna merah dan putih. Rona-rona tersebut mempengaruhi rasa untuk memiliki dan membaca karya ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya