Enggan rosakkan lagu tradisional kerana pelat - Han Byul - Utusan Malaysia

Enggan rosakkan lagu tradisional kerana pelat – Han Byul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Han Byul, 32, memaklumkan dia tidak merancang untuk merakam lagu-lagu tradisional tempatan seperti keroncong, asli dan sebagainya.

Kata penyanyi kelahiran Australia itu, perkara itu disebabkan dia menghormati lagu-lagu tradisional di Malaysia dan enggan merosakkannya gara-gara penguasaan Bahasa Melayunya yang lemah.

“Jujur saya tidak fikir begitu (babitkan diri dengan lagu tradisional). Saya tak mahu merosakkan genre muzik yang hebat dengan bahasa Melayu saya yang lemah dan sebutan yang pelat,” katanya.

Han Byul berkata demikian pada sidang akhbar Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia baru-baru ini.

Selain Hany Byul, konsert yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Ogos 2023 itu turut menampilkan nama-nama besar industri muzik tanah air seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Alyah dan ramai lagi.

Han Byul pada konsert itu nanti bakal menyanyikan lagu popular Winter Sonata dalam Bahasa Korea dan Melayu dengan iringan muzik Keroncong.

“Saya sudah mulakan latihan sejak dua bulan lalu kerana sebelum ini saya tidak pernah menyanyikan lagu Keroncong.

“Kebimbangan itu ada kerana sebutan saya pelat. Tetapi saya akan cuba yang terbaik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN