Kes penceraian yang semakin banyak berlaku pada ketika ini banyak yang dikaitkan dengan isu shiqaq. Daripada sudut terminologi, al-Shiqaq bermaksud perkelahian di antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumahtangga. Kaunselor Residen Klinik Pakar Alaminda, Nurliyana Munirah Mohd. Rosli berkata, punca sering terjadinya shiqaq adalah disebabkan oleh konflik-konflik kecil yang dibiarkan dan tidak diuruskan dengan baik. Misalnya, tidak berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul sepanjang menjalani kehidupan berumahtangga.…
 
								
 
								 
								 
											









