Minta maaf, saya tetap dengan pendapat itu - Janna Nick - Utusan Malaysia

Minta maaf, saya tetap dengan pendapat itu – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Janna Nick tidak akan mengubah pandangannya berhubung isu work life balance biarpun mendapat kecaman dan kritikan segelintir warganet.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Janna berkata, dia tidak mempunyai masalah jika ada segelintir pihak tidak bersetuju dengan pendapatnya itu kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri.

“Kadang-kadang bila berbual dengan kawan, orang luar takkan faham cara percakapan itu. Mungkin saya patut mengolah ayat dengan lebih baik supaya tiada yang salah faham terjadi.

“Saya okay sahaja jika ada yang tidak setuju dengan apa yang saya cakap. Masing-masing ada pendapat masing-masing.

“Kalau ada yang tidak setuju dengan kata-kata Saya dan rasa pendapat saya ini perlu diubah secara serta merta, saya minta maaf sebab saya akan tetap dengan pendapat saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Janna dan Amelia tular di media sosial apabila segelintir warganet mempersoal tindakan pelakon dan penyanyi itu dilihat seperti merendahkan golongan muda yang mahu keseimbangan kerja dan hidup.

Sementara itu, jelas Amelia, tindakan Janna yang tergelak selepas membangkitkan isu work life balance adalah kerana pelakon itu sedar kerja keras yang telah ditempuhi untuk mencapai kedudukannya sekarang.

“Bila anda datang daripada latar belakang yang mempunyai masalah kewangan, sebelum fikir tentang keseimbangan kerja dan hidup, anda fikir bagaimana nak cari makan untuk diri sendiri dan keluarga.

“Dari latar belakang kehidupan itu Janna hadir. Dia tak gelakkan sesiapa yang mahu work life balance. Dia tahu kerja kerasnya selama ini. Semata-mata untuk hidup dengan seimbang,” katanya.-UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.