Gulai daging nangka cara kampung - Utusan Malaysia

Gulai daging nangka cara kampung

RASA lemak kari dan buah nangka mampu membangkitkan selera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gulai daging bersama nangka muda merupakan juadah tradisi yang masih menjadi kegemaran ramai pada ketika ini.

Rasa daging yang lembut ditambah pula dengan rasa lemak kari dan buah nangka mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Lebih penting, cara penyediaanya juga tidaklah terlalu rumit.

Seperti yang dikongsikan oleh Sous Cef, Hotel Sheraton Petaling Jaya, Firdaus Kamaruddin kepada Seri.

Katanya, dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang memang kebanyakan tersedia di dapur, sudah boleh menghasilkan juadah tradisi itu.

Bahan-bahan

300 gram bawang merah

5 ulas bawang putih

50 gram halia

2 batang serai (dititik)

2 sudu makan kerisik

2 keping asam keping

8 biji buah keras (dikisar)

150 gram santan

200 gram nangka muda

2 keping daun limau purut

100 gram cili kering (dikisar)

5 sudu makan rempah kari daging

1 kilogram daging

Langkah penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama serai.

2. Masukkan rempah kari daging bersama cili kisar.

3. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan asam keping.

5. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.

6. Masukkan kerisik dan buah keras yang telah dikisar.

7. Seterusnya masukkan santan bersama daun limau purut dan asam keping.

8. Masak sehingga daging lembut menggunakan api kecil jika ingin kuah yang lebih pekat.

9. Jika suka kuah yang cair, boleh tambahkan air.

10. Siap dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN