Salahkah jadi diri sendiri? – Riena Diana - Utusan Malaysia

Salahkah jadi diri sendiri? – Riena Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Saya cuma mahu tampilkan diri sebenar di media sosial.”

Ringkas jawapan pelakon, Riena Diana tatkala diminta menjawab dakwaan segelintir warganet yang menyelar penampilannya yang semakin seksi.

Malah, ada juga yang mengaitkan penampilan berani itu selepas putus cinta dengan teman lelakinya, Nik Afiq.

Mahu atau tidak, sebagai selebriti, pasti akan ada pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya. Riena juga sedar, itu bayaran atas populariti yang diterimanya.

“Kalau mahu bercakap mengenai seksi, lima tahun lalu saya lebih seksi. Ramai sangat yang kecam sehingga saya pernah tertekan. Ketika itu, saya terfikir untuk tutup Instagram kerana tidak sanggup membaca semua komen.

“Tetapi, selepas beberapa tahun dalam industri, saya mula belajar untuk lebih terbuka dan terima pandangan orang lain. Mana yang buruk, kita perbaiki dan mana yang baik, kita tingkatkan. Tetapi, kalau kecaman melampau itu, tolong hentikan.

“Setakat ini, kesihatan mental saya okay. Cuma, sekarang saya tahu siapa lawan dan kawan sebenar. Untuk yang menghantar kata-kata sokongan, terima kasih,” ujarnya.

Menjawab dakwaan kononya dia lebih seksi selepas putus cinta, Riena dengan tenang berkata, apa juga pilihan dan perkongsiannya di media sosial tidak ada kena mengena dengan bekas teman lelakinya.

“Seksi sebab putus cinta? Tidaklah. Tidak tahu dari mana datang dakwaan itu. Ia tiada kena mengena dengan bekas teman lelaki. Saya sendiri memilih untuk berkongsi apa difikirkan perlu untuk dipaparkan di media sosial.

“Tetapi, tidaklah disebabkan kembali single, saya berani tunjuk seksi. Jujurnya, saya tidak tahu apa perlu dijawab. Saya cuma jadi diri sendiri. Sebelum ini, saya kongsi sahaja perhubungan cinta di media sosial.

“Tiada apa yang perlu disorok-sorok. Cuma, untuk tahun ini, saya akan kongsi apa sahaja yang membuatkan saya gembira dan jadi diri sendiri,” katanya.

JANGAN SUKA MENGHUKUM

Keterbukaan pelakon drama bersiri popular, Kampung People ini berkongsi perihal kehidupannya juga bukan lampu hijau untuk segelintir warganet terus melemparkan kata kesat dan kecaman melampau di media sosial.

“Tidak bermakna bila saya kongsi sesuatu, ia memberikan warganet lampu hijau untuk melontarkan komen yang bukan-bukan. Banyak lagi isu lebih besar boleh dibincangkan daripada cara pemakaian atau hidup saya. Tolonglah, orang bukan kenal saya sangat.

“Jangan pandai-pandai menghukum. Mahu komen boleh, tetapi jangan sampai menjatuhkan orang. Saya tidak pernah umum bangga berpakaian sebegitu. Tampil seksi juga bukan azam baharu saya.

“Tidak suka? Tidak perlu ikut kerana ramai lagi yang suka cara dan selesa tengok saya bukan kerana pakaian. Saya tidak perlu jelaskan apa-apa,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN