Jati diri remaja Orang Asli perlu diperkasakan dengan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan, amalan gaya hidup dan minda sihat. Ini termasuk menghindari pengaruh dan tingkah laku negatif yang boleh menjejaskan masa depan mereka seperti merokok, pengambilan dadah dan alkohol. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Asmayani Khalib berkata, kesedaran tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja Orang Asli adalah aspek yang perlu diutamakan. Katanya, bagi membentuk…