Dituduh tiada tawaran, Neelofa pilih utamakan keluarga - Utusan Malaysia

Dituduh tiada tawaran, Neelofa pilih utamakan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa gembira dengan keputusannya untuk tidak terlalu aktif menerima tawaran kerja seni, sebaliknya lebih mengutamakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, selain memberikan fokus kepada perniagaan.

Neelofa berkata, dia memilih untuk tidak menerima banyak tawaran dan selesa dengan perjalanan seni yang tidak terlalu aktif seperti sebelum ini.

“Kalau setiap minggu keluar televisyen, tidak bergerak kerja saya sebagai isteri dan ibu. Saya juga ada pelbagai perniagaan yang perlu diuruskan.

“Saya memilih untuk tidak melakukan banyak kerja. Keutamaan saya kini berbeza. Cukuplah satu setahun seperti mengendalikan program Next To Neelofa.

“Saya gembira dengan apa yang dilakukan sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudah,” katanya.

Ibu kepada seorang anak itu tenang menjawab dakwaan segelintir warganet kononnya dia tidak lagi menerima sebarang tawaran apabila kerap mengadakan siaran langsung di media sosial.

Neelofa yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Ismail pada 27 Mac 2021 membuat keputusan memperlahankan kegiatan seninya untuk memberi tumpuan kepada keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN