Dem Lepak Boyz cari formula untuk kekal relevan - Utusan Malaysia

Dem Lepak Boyz cari formula untuk kekal relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebagai kumpulan baru, duo Dem Lepak Boyz (DLB) mengakui, berdepan cabaran untuk memastikan nama mereka terus bertahan dan relevan dalam industri muzik.

Anggota kumpulan itu, Zaidy berkata, dia dan rakannya, Hazel perlu peka dengan perubahan dalam industri muzik supaya tidak ketinggalan menyajikan sentuhan yang bersesuaian pasaran semasa.

“Itu adalah cabaran terbesar dan kami perlu mencari formula untuk memastikan nama tidak terpinggir. Apatah lagi, ada sahaja bakat baharu yang mencuba nasib mencari ruang dalam bidang seni.

“Setiap hari, ada sahaja perkara baru yang trending dan menjadi ikutan. Kami perlu peka dengan perubahan itu supaya terus relevan,” katanya.

Zaidy berkata, mereka bernasib baik kerana fokus DLB tidak hanya terarah kepada bidang nyanyian, sebaliknya turut berbakat dalam bidang tarian.

“Kami serius ingin mengetengahkan bakat sebagai artis versatil dan itu impian kami apabila memilih menceburi bidang seni.

“Seandainya ada peluang untuk terokai bidang lain seperti mengacara dan lakonan, kami akan cuba. Cabang seni ini luas dan kami percaya, rezeki tidak pernah salah alamat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kongsi Zaidy, DLB kini sedang mempromosikan single kedua mereka, Jerat selepas memperkenalkan lagu Abang Datang, awal tahun ini.

“Kami bersyukur dengan penerimaan ramai terhadap single pertama. Walaupun genre dibawakan sedikit berbeza, ramai memberikan respons positif.

“Ramai yang ‘jatuh cinta’ dengan lagu itu kerana melodinya yang ‘catchy’ dan lirik pula mudah diingati pendengar. Harapan sama juga kami letakkan pada Jerat.

“Lagu itu adalah ciptaan komposer, John Jeeves. Dia banyak membantu kami dari segi arah tuju muzik yang sesuai dengan imej yang kami bawakan,” katanya.

DLB bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment dan merupakan naib juara program realiti, All Together Now Malaysia (ATNM) musim pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya