Temui bintang Extraordinary Attorney Woo, Park Eunbin di KL bulan depan - Utusan Malaysia

Temui bintang Extraordinary Attorney Woo, Park Eunbin di KL bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat drama bersiri, Extraordinary Attorney Woo pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa pelakon Korea Selatan, Park Eunbin yang popular menerusi watak peguam yang mengalami masalah autisme, bulan depan.

Eunbin dijadualkan menjayakan majlis perjumpaan bersama peminat, Eun-Bin Note: Binkan Fanmeet di KWC StarXpo Cente, Kuala Lumpur, pada 24 Disember ini, pukul 8 malam.

Dikenali menerusi watak sebagai peguam bernama Woo Young-woo, acara tersebut dianjurkan Trumpet International. Bagaimanapun, maklumat mengenai penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.

Drama 16 episod yang disiarkan menerusi saluran penstriman Netflix itu berjaya menjadi rancangan bukan bahasa Inggeris paling banyak ditonton selama lebih sebulan, mengikuti jejak langkah drama popular Korea Selatan, Squid Game.

Eunbin melakonkan watak peguam yang berjaya mencari penyelesaian bijak dalam setiap siri perbicaraan sehingga disegani pihak lawan walaupun menghidap autisme.

Mula ditayangkan sejak 29 Jun lalu, Young-woo sering tidak dilayan apabila bercerita mengenai ikan paus yang menjadi topik kegemarannya setiap kali berbual sejak kecil.

Namun, selepas berjumpa rakan baharu di pejabat peguam sama, Lee Jun-ho lakonan Kang Tae-Oh yang rajin melayan kerenahnya, mereka akhirnya jatuh cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya