Lana Nodin tak puas hati, dakwa SOP mengarut? - Utusan Malaysia

Lana Nodin tak puas hati, dakwa SOP mengarut?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Lana Nodin, meluahkan rasa berang dan kecewa berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh serta mendakwa ia satu perkara yang menyusahkan malah mengelirukan rakyat.

Lana atau nama penuhnya Mazlina Hasan Nordin, 41, memuat naik hantaran video tersebut itu di InstaStory miliknya, malam semalam.

“Hari ini (Isnin) saya pergi ke satu kedai nak beli barangan keperluan buat kek. Tapi ada seksyen yang buka dan tutup. Saya tak faham kenapa begitu? Baik tutup satu kedai terus. Semalam (Ahad) pergi pusat beli belah lain pun macam itu, barangan makanan sahaja, baldi periuk alatan dapur ditutup. Bukankah itu semua keperluan rumah untuk pakai masak juga? Macam tak logik.

“Peliknya, alkohol rokok boleh pula dijual dekat kedai serbaneka. Benda penting macam barangan elektronik, alat tulis, barangan keperluan bayi serta barangan penting lain-lain tak boleh jual? Pusat beli belah buka, seksyen ditanda tutup larang masuk,” luahnya.

Tambah Lana lagi, di sebuah lokasi yang tidak diperincikan, dia dilarang masuk dek tidak membawa telefon bimbit untuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Satu hal lagi, saya sudahlah nak cepat kejar masa, telefon saya tertinggal. Sampai pintu masuk ditahan, tak boleh tulis pada buku laporan. Terpaksa saya patah balik.

“Katakanlah kalau terjadi pada emak-emak kita? Mereka bukan celik teknologi dengan telefon pintar, apatah lagi nak WhatsApp dan mesej. Saya tak sengaja, bukan sengaja. Benda ini menyusahkan rakyat.

“Video ini saya muat naik bertujuan untuk mendapatkan penjelasan logik. Kalau sesiapa yang ada tolong direct message (DM). Benda ini sangat penting untuk saya sebab saya duduk di Malaysia bukan duduk Amerika Syarikat,” katanya.

Ekoran perkongsian itu, Lana juga menerima luahan orang ramai yang melalui nasib serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya