Awet muda, cantik dengan peranti

Awet muda, cantik dengan peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESIBUKAN kerja sering kali menghalang wanita untuk ke salun atau spa bagi mendapatkan rawatan estetik.

Walaupun kos bagi sesi rawatan sudah dilunaskan, namun ada kalanya janji temu tertangguh dan gagal
diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Kini, proses membelai wajah dan memanjakan tubuh boleh dilakukan di rumah dengan bantuan pelbagai peranti kecantikan berteknologi tinggi di pasaran.

Penggunaan peranti kecantikan, bukan sahaja praktikal dan menjimatkan masa, sebaliknya turut memberikan keselesaan.

Lebih menarik, hasil rawatan boleh dilihat dalam masa singkat tanpa ada kesan sampingan.

SINGKIR ROMA TIDAK DIKEHENDAKI
Dalam dunia kecantikan yang berkembang, teknologi IPL (intense pulsed light) menjadi pilihan dalam menyingkirkan roma yang tidak dikehendaki dengan berkesan.

Jenama teknologi kecantikan dari Sweden, Foreo baru-baru ini memperkenalkan Peach sebagai penyelesaian kepada bulu roma yang tidak diingini.

Pengarah Jenama Globalnya, Diane Tse berkata, peranti itu mampu mengurangkan roma dengan hanya enam kali rawatan menerusi teknologi denyutan T-Sonic yang berupaya merangsang aliran darah sehingga 450 peratus.

Rekaan tingkap rawatannya juga luas berbanding peranti Iain di samping kepala fleksibel bagi membolehkan liputan menyeluruh pada lekuk dan sudut badan.

“Paling penting, ia selamat dan tidak menyakitkan kerana dilengkapi sistem penyejukan kulit 360 darjah
bagi memastikan pengalaman IPL yang selesa,” katanya.

Peranti mewah ini sesuai digunakan dengan gel persediaan diperkaya 17 ekstrak tumbuhan untuk
membantu menghidrat kulit secara mendalam, memerangi kekeringan dan kerengsaan akibat pra-rawatan bercukur.

WAJAH LEBIH BERSIH
Satu lagi produk terbaharu Foreo, dalam rangkaian Luna iaitu, Luna 4 diperkenalkan.

Peranti pembersihan wajah ini diperhebat dengan kemampuan menghilangkan 99.5 peratus kekotoran dan sisa solekan.

Potongan bergayanya itu, menawarkan pengalaman empat dalam satu iaitu pembersihan mendalam, merangsang kolagen, menganjalkan dan meningkatkan seri wajah.

Pengarah Urusan Rantau Asia Tenggaranya, Anel Puzic berkata, peranti pembersihan nombor satu dunia itu turut meraih lebih 190 pengiktirafan dengan 20 juta pengguna.

“Gabungan near-infrared LED and red LED menjadikan ia peranti pembersihan tunggal yang dapat membersih secara mendalam dan merangsang
kolagen,” katanya.

KURANGKAN SELULIT
Selulit ibarat mimpi ngeri wanita dan bagi menangani isu itu, boleh mencuba peranti kecantikan, ageLOC WellSpa iO.

Dilengkapi teknologi arus mikro adaptif yang unik sekali gus membolehkan kulit dan badan seseorang tampak lebih muda di samping merangsang relaksasi.

Malah, rekaan nod logam pada peranti membantu memberikan urutan yang lancar dan selesa.

Naib Presiden Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia & Brunei, Hendrix Wong berkata, peranti istimewa
itu boleh digunakan pada bahagian atas dan bawah kaki, lengan serta abdomen.

Peranti berkenaan, dicipta untuk digunakan bersama serum dan gel khas daripada rangkaian sama

 

SELAMAT TINGGAL KEDUTAN
Sementara itu, peranti topeng muka LED berterapi, Spectralite Faceware Pro dapat mengurangkan kedutan dan melawan jerawat dalam hanya tiga minit.

Cara penggunaannya juga mudah iaitu dengan hanya meletakkan topeng pada muka dan hidupkan butang peranti. Baring dan rileks. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya