Media Prima, Hunan Broadcasting System jalin kerjasama strategik - Utusan Malaysia

Media Prima, Hunan Broadcasting System jalin kerjasama strategik

KOLABORASI strategik antara Media Prima dan Hunan Broadcasting System bakal menyajikan pelbagai kandungan eksklusif untuk tontonan penonton tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program realiti fesyen pertama di Malaysia, My Fusion Way yang menampilkan enam pereka fesyen muda dari China menerokai budaya tempatan adalah antara tarikan kandungan eksklusif sempena kerjasama strategik antara Media Prima Berhad dan Hunan Broadcasting System.

Selain itu, penonton juga disajikan dengan program Shila Amzah Masterclass Musim 2 yang memperlihatkan pertukaran idea muzik di peringkat antarabangsa dengan menampilkan penyanyi baharu hebat dari Asia Tenggara dan China untuk bergelar protege.

Menerusi program itu, Shila akan terus memikul tanggungjawab sebagai Master dan bergandingandengan panel jemputan dari negara lain untuk melatih, membimbing dan menggilap kesemua protege menjadi penyanyi terkenal.

Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima, Rafiq Razali yang menyifatkan, kerjasama dengan Hunan Broadcasting System bakal melakar sejarah apabila memulakan pengembaraan baharu dalam merencanakan pelbagai program dan inisiatif khas kepada penonton tempatan.

“Hunan Broadcasting System merupakan salah satu kumpulan media terbesar di China. Apabila saluran TV berbahasa Cina kami, 8TV turut menjalinkan kerjasama, ia menjadi pemangkin untuk menggalakkan pertukaran teknologi dan membuka peluang kepada perusahaan sederhana dan kecil China mengembangkan perniagaan di Malaysia,” katanya.

Menerusi My Fusion Way, berdasarkan enam deria manusia, kebolehan pereka fesyen tersebut akan dicabar untuk mencipta pakaian baharu, moden dan bergaya dalam had masa dan tema mingguan yang ditetapkan dengan menjadikan warisan Malaysia sebagai sumber inspirasi dalam karya mereka.

Sementara itu, 8TV juga akan memperkenalkan beberapa slot baharu menyajikan program popular dari badan penyiaran tersebut antaranya, Twenty Your Life On 2, My Fireworks On Earth, Infinity And Beyond dan Sisters Who Make Waves Season 3.

Selain itu, siaran slot baharu termasuk  Mango Time pada setiap Jumaat, 10 malam hingga 12 tengah malam, Mango Fun Weekend pada setiap Ahad, pukul 3 petang hingga 5 petang, manakala Mango Insight setiap Ahad dari pukul 6 petang hingga 6.30 petang turut diperkenalkan.

Kolaborasi ini turut mendapat sokongan daripada Henan Satellite TV, rangkaian TV China yang mempromosikan seni dan budaya tradisional di negara itu.

Supernova Screening 2022 turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian hebat daripada barisan penyanyi Shila Amzah Masterclass iaitu Shila Amzah, Elvira Arul, Uriah See, June Wong, Lydia Lim, Daniel Sher and Zev Leong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya