TERNYATA, memang sukar untuk melupakan momen indah yang terlakar ketika menatap penyanyi jelita ini beraksi menjayakan konsert Raisa Live in Kuala Lumpur, baru-baru ini. Barangkali, pandangan ini turut dipersetujui penonton yang hadir pada malam itu. Apatah lagi Raisa adalah antara penyanyi era baharu dari Indonesia yang sudah lama ditunggu-tunggu kehadirannya ke negara ini. Sebagai mana yang pernah dikatakan Raisa dalam temu bual sebelum ini, bukan dia tidak pernah bercita-cita hadir…