Janna, Dini putus cinta? Kami pun masih tunggu jawapan - Pengurus - Utusan Malaysia

Janna, Dini putus cinta? Kami pun masih tunggu jawapan – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Janna kini berehat daripada media sosial buat sementara waktu. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.”

Demikian jawapan diberikan pengurus Janna Nick, Muhammad Firdaus Ramli ketika ditanya mengenai perkongsian pelakon dan penyanyi itu di Instagram (IG) yang seolah-olah memberi bayangan hubungannya dengan Dini Schatzmann sudah berakhir.

Firdaus yang mesra disapa Fie menerusi pesanan WhatsApp memaklumkan, pada masa ini, mereka masih menunggu jawapan kedua-dua pelakon itu berhubung hal tersebut.

“Janna hanya menyampaikan pesanan mahu berehat dari media sosial buat masa ini.

“Saya tidak berani memberikan apa-apa jawapan memandangkan Janna dan Dini gagal dihubungi.

“Tidak banyak yang dapat saya kongsikan kerana lebih baik kita menanti jawapan mereka,” katanya.

Janna menerusi perkongsian di IG, bagaikan memberi bayangan hubungannya dengan Dini sudah berakhir.

“Kepada Kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati Janna sudah tidak lagi menjadi pengikut Dini di platform tersebut.

Semalam, Janna memuat naik rakaman yang memperlihatkan dia berpakaian serba hitam, membawa bagasi di sebuah platform LRT.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan Janna dan Dini berhubung perkara itu juga tidak berhasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN