Hati sudah tertutup untuk berlakon - Noorkumalasari - Utusan Malaysia

Hati sudah tertutup untuk berlakon – Noorkumalasari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: ‘Hati saya sudah tertutup untuk berlakon’. Itu ditegaskan pelakon senior, Noorkumalasari ketika ditanya apakah dia masih berminat meneruskan kerjaya seni.

Pelakon yang mesra disapa Noor itu berkata, dia masih menerima pelbagai tawaran daripada penerbit, namun terpaksa menolak disebabkan enggan terikat dengan komitmen masa di set penggambaran.

Pelakon berusia 66 tahun itu berkata, dia juga tidak gemar dengan kerenah segelintir pelakon baharu yang tidak mempunyai disiplin tinggi ketika menjayakan sesebuah produksi.

“Ketika ini, hati saya masih tertutup dan belum nampak terbuka lagi. Melainkan kalau ada skrip yang betul-betul bagus dan dapat mencungkil sisi berbeza saya sebagai pelakon.

“Lagipun, sudah banyak watak yang saya jayakan sejak zaman muda. Saya tidak menyesal kerana tidak pernah melakonkan sesuatu karakter hingga terpanggil untuk kembali berlakon,” katanya.

Berkongsi pengalaman ketika bergiat aktif, Noor berkata, dia hanya menerima satu tawaran pada satu-satu masa dan tidak tamak mengejar peluang lain.

Jelasnya, sebagai pelakon, agak mustahil untuk menerima tawaran lain serentak kerana lakonan menuntut penghayatan mendalam bagi menghidupkan sesuatu watak.

“Kalau sudah berlakon sesuatu filem, saya tidak akan ambil tawaran produksi lain. Kalau ada pengarah yang mahukan khidmat saya, mereka kena tunggu sehingga komitmen saya selesai.

“Saya tidak suka melakukan dua tugas pada satu masa. Tetapi, itu yang berlaku sekarang apabila pelakon kejar tawaran di sana sini,” jelasnya.

Menurut Noor, pelakon mempunyai tanggungjawab besar kerana pekerjaan itu melibatkan komitmen dengan banyak pihak, termasuk pengarah dan kru produksi.

Sekiranya seseorang pelakon culas memenuhi komitmen, sudah tentu akan merugikan banyak pihak kerana produksi, terutama filem melibatkan perbelanjaan besar.

“Pernah berlaku kru produksi terpaksa tunggu seorang pelakon sampai lima jam. Apabila dihubungi, baru dia beritahu tidak dapat datang. Ini disebabkan dia terima semua tawaran serentak sehingga mengecewakan pengarah dan kru produksi yang sudah mengeluarkan banyak kos.

“Saya hairan bagaimana pelakon boleh terima beberapa tawaran serentak. Proses mengubah karakter itu ada ketika mengganggu dan membuat kita keliru. Mungkin sebab itu, pelakon sekarang hanya melontarkan skrip dan bukan menghayati watak.

“Mereka juga hilang fokus sebab hanya fikirkan duit. Mereka tidak dapat ‘memberi’ sepenuhnya ketika di lokasi penggambaran,” katanya.

Ditanya mengenai bayaran yang diterima sehingga mampu memberi fokus hanya kepada satu tawaran, Noor berkata, imbuhan diberikan agak lumayan kerana nilai ringgit ketika itu agak besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya