Aina Abdul diserang gemuruh melampau sebelum SFMM37 - Utusan Malaysia

Aina Abdul diserang gemuruh melampau sebelum SFMM37

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aina Abdul berdepan detik cemas apabila diserang perasaan gemuruh melampau beberapa hari sebelum berlangsung Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37), Sabtu lalu.

Keadaan itu, kata Aina yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup pada persaingan itu membuatkan dia hilang selera makan dan banyak mendiamkan diri.

“Saya sudah seperti ‘mayat hidup’. Tiba-tiba saya menjadi terlalu gemuruh sehingga hilang selera makan dan hanya mendiamkan diri.

“Perasaan bersaing di SFMM37 memang berbeza. Sebelum ini, saya tidak pernah melalui situasi seperti itu. Mungkin kerana kali ini ada penonton yang ramai, jadi perasaan itu lain macam,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Semalam itu berkata, dia cuba berusaha mendapatkan semula kekuatan untuk melunaskan tanggungjawab membawakan Terus Hidup dengan baik.

“Kekuatan itu datang daripada peminat dan juga mesej dalam lagu ini. Ada bahagian pada lagu ini yang mengingatkan saya kepada arwah ayah,” katanya lagi.

Aina bagaimanapun, berharap urusannya dipermudahkan dan diberikan idea untuk mencorakkan persembahan yang berbeza pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-37 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari depan.

“Saya berharap peminat mendoakan saya mendapat ilham untuk memberikan persembahan yang berlainan. Saya mengakui, kadangkala sudah ketandusan idea untuk persembahan.

“Saya perlu banyak membaca dan menonton video, selain mengambil inspirasi daripada pengkarya Barat. Mereka banyak idea hebat yang boleh saya terapkan dalam persembahan,” jelasnya.

Terus Hidup nyanyian Aina menjadi antara 12 lagu yang layak ke AJL37, selain Korban (Ernie Zakri), Kembali Terang (Marsha Milan Londoh) dan Debu  (Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya