‘Mengejar’ bulan penuh - Utusan Malaysia

‘Mengejar’ bulan penuh

Bulan penuh pada Jun lebih dikenali dengan nama Strawberry Moon. Ia adalah supermoon, kelihatan lebih besar dan lebih cerah. Berlatar hadapankan Menara TRX dirakam pada 14 Jun 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Supermoon ialah bulan penuh atau bulan baharu yang hampir bertepatan dengan perigee, ia akan menghasilkan bentuk bulan yang jelas dan lebih besar sedikit dari biasa seperti yang dilihat dari bumi.

Bulan hampir penuh atau waxing gibbous adalah pada peratusan 98.7 peratus. Bulan terbit di tengah-tengah Menara Berkembar Kuala Lumpur ini dirakam pada 16 Februari 2022.

Istilah Supermoon juga boleh merujuk kepada bulan baharu, walaupun itu tidak biasa dilihat dalam media popular.

Semasa bulan berputar dalam orbit elipsnya mengelilingi bumi, terdapat dua titik yang ditandakan oleh ahli astronomi dengan nama, Lunar Perigee, iaitu titik jarak terdekat bulan dengan planet kita pada 363,104 kilometer dan Lunar Apogee iaitu titik jarak terjauh bulan dari planet kita pada 405,696 kilometer.

Bulan penuh pada Ogos adalah supermoon terakhir tahun ini. Bulan penuh ini juga dikenali sebagai Sturgeon Moon. Gambar berlatar depan Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan dirakam pada pukul 7.30 malam bertarikh 11 Ogos 2022.

Apabila Lunar Perigee bertepatan dengan bulan penuh, ia akan menghasilkan bulan penuh yang besar. Ia boleh kelihatan sehingga 14% lebih besar diameter daripada bulan penuh di Lunar Apogee serta mempunyai pencahayaan 30 peratus lebih terang.

Buck Moon atau bulan penuh Julai berlatar hadapan Menara Kuala Lumpur dirakam pada 16 Julai 2022.

Walaupun Supermoon boleh dilihat beberapa kali setahun, hanya satu darinya yang paling super – dengan kata lain, yang terbesar dan paling hampir dari semuanya.

Kali ini saya kongsikan beberapa imej bulan penuh pelbagai latar hadapan di beberapa bangunan ikonik bandaraya Kuala Lumpur dan di Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×