Sebanyak 43 peratus wanita di negara ini direkodkan hamil tanpa dirancang. Menyifatkan jumlah itu sebagai masih lagi tinggi, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, kadar prevalens kontraseptif atau pencegahan kehamilan di negara ini tidak pun mencatatkan sebarang perubahan, sebaliknya kekal pada 52.5 peratus sejak 30 tahun lalu. Katanya, daripada statistik itu, sebanyak 34.3 peratus didapati mengamalkan kaedah moden manakala baki, 17.9 peratus pula menggunakan…