Saya tak mahu komen lagi pasal Syamsul - Yusof Haslam - Utusan Malaysia

Saya tak mahu komen lagi pasal Syamsul – Yusof Haslam

YUSOFHaslam memilih untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai anaknya, Syamsul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam memilih untuk mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan mengenai anaknya, Syamsul
, terutama berhubung isu keretakan rumah tangganya.

Menurut Yusof, dia sangat bimbang jika sebarang kenyataan daripada mulutnya itu akan menyebabkan salah faham dan mencetuskan hubungan kurang selesa antara mereka.

“Kalau boleh, saya sudah tidak mahu memberikan lagi komen berkaitan Syamsul. Itu hak dia. Saya tahu mengenai dia selepas mendengar daripada orang lain.

“Itu hak dia dan saya tidak mahu komen apa-apa. Cuma, satu yang saya boleh katakan, dia akan terbitkan sebuah filem, tetapi bukan di bawah terbitan Skop Production.

“Dia tidak buat KL Gangster 3, sebaliknya cerita The Original Gangster. Tetapi, itu hak dia. Benda yang melibatkan anak-beranak ini sensitif,” katanya.

Yusof berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai filem baharu, The Original Gangster yang diterbitkan Syamsul bersama Razor Edge Pictures.

Ditemui pada pementasan teater Maduku Terpaling Kalut ,Yusof berkata, kehadirannya adalah bagi memberi sokongan kepada menantunya, Puteri Sarah yang turut menjayakan teater berkenaan.

“Kehadiran saya adalah untuk menyokong menantu. Dia ada jemput dan sebagai bapa mentua, saya datang.

“Saya gembira lihat Sarah kembali berlakon. Saya galakkan dia aktif sebab tidak mahu dia asyik terperap di rumah.

“Nanti lagi tertekan. Hal itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan masa depan. Bagi saya, dia perlu keluar bekerja,” katanya.

Maduku Terpaling Kalut merupakan teater berkonsepkan ‘farce comedy’, diterbitkan Mask Team dan diarahkan oleh Azhar Zainal.

Selain Puteri Sarah, Maduku Terpaling Kalut turut dijayakan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amirudin dan Curly Jow.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya