Rumah saya tak ada gula- Zaidi Omar - Utusan Malaysia

Rumah saya tak ada gula- Zaidi Omar

ZAIDI masih bertenaga dan kuat pada usia 64 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Zaidi Omar mengakui, amalan tidak makan gula dan kerap minum air kosong membantu dirinya untuk sentiasa sihat dan kekal bertenaga pada usia 64 tahun.

Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi.

“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.

“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.

“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.

Disoal tentang filem pendek Aidil & Atok arahan Fauziah Datuk Ahmad Daud, Zaidi memaklumkan, dia amat berbesar hati diberi peluang untuk terlibat dalam naskhah tersebut.

“Bila Ogy tawarkan watak Atok, saya terus bersetuju. Ini filem dakwah, tetapi bukan ceramah. Saya rasa bertuah diberi peluang terlibat dalam filem ini.

“Saya harap, lakonan saya memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka yang menonton,” ujarnya.

Filem Aidil & Atok yang menerima tajaan Yayasan Ammirul Ummah boleh ditonton secara percuma di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya