fbpx

Tiada istilah tumpang tuah -Amar Baharin

AMAR BAHARIN & AMYRA ROSLI

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Amar Baharin, menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap dia menumpang tuah isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli untuk mendapat peluang dalam industri seni.

Menurut Amar, mereka sebagai pasangan suami dan isteri saling membantu satu sama lain.

“Kami berdua berada dalam industri yang sama. Seperti Amyra yang mencipta laluan kariernya sendiri, saya pula mencipta bahagian saya.

“Kami saling membantu antara satu sama lain. Itu sahajalah. Tiada istilah tumpang-tumpang tuah,” katanya ketika sesi sidang media secara maya drama Biarkan Ia Pergi.

Mengulas lanjut, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu turut memberitahu, mereka berdua menjalankan tanggungjawab dengan baik dan masing-masing memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni.

“Saya sebagai suami perlu memberi nafkah kepada isteri. Amyra pula sebagai isteri, ada tanggungjawabnya sendiri.

“Alhamdulillah, kami berdua tidak mempunyai masalah dalam isu kerja kerana kami sentiasa berbincang sebelum menerima tawaran. Anak-anak juga perlukan perhatian kami,” tambahnya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Menerusi drama terbaharu Biarkan Ia Pergi, Amar memegang watak sebagai Zaquan. Drama itu bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 11 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Antara pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Isyariana, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!