BAGAIMANA perasaannya menghadiri festival muzik berdurasi lebih 15 jam? Soalan saya ini boleh dijawab ramai kerana hampir 4,000 manusia ada di Gamuda Cove untuk meraikan Atas Angin Independent Festival, 6 Ogos lalu. Festival besar-besaran yang menampilkan 100 peratus bakat tempatan itu berlangsung dengan jaya dan meriah. Tiada masalah besar yang ada, kecuali tapak pesta ditinggalkan dengan penuh sampah selepas acara berakhir. Walaupun tidak dapat menikmati sepenuhnya persembahan kerana bertugas di…