Saya sihat, tiada masalah untuk kembali berlakon - Jasmin Hamid - Utusan Malaysia

Saya sihat, tiada masalah untuk kembali berlakon – Jasmin Hamid

JASMIN bersyukur dapat kembali ke lokasi penggambaran selepas berehat kerana serangan jantung, Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Jasmin Hamid, 48,  mengingatkan syarikat produksi supaya tidak gusar menawarkannya peluang berlakon, meskipun dia pernah diuji dengan masalah serangan jantung, Mei lalu.

Jasmin berkata, tahap kesihatannya semakin baik, malah dia juga bersemangat meneruskan semula kerjaya lakonan yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

“Saya masih boleh bekerja macam biasa walaupun pernah mengalami serangan jantung sebelum ini. Insya-Allah, saya akan menjalani pemeriksaan dengan doktor pakar pada Februari tahun depan.

“Sekarang ini, saya memang sihat dan tiada masalah untuk berlakon. Syarikat produksi jangan risau kerana saya masih bersemangat untuk berlakon,” katanya.

Sementara itu, suami Jasmin, Nazmir Abd. Rahim, 36, ketika dihubungi Utusan Malaysia menerusi pesanan WhatsApp berkata, dia sentiasa memantau tahap kesihatan isterinya supaya selesa apabila di lokasi penggambaran.

“Dia boleh bekerja seperti biasa, cuma kena jaga makan dan jangan terlalu stress. Dia sedang menunggu panggilan untuk melakukan prosedur angiogram yang dijadualkan pada Februari, tahun depan,” katanya.

Jasmin yang mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit jantung pernah dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di ibu kota akibat serangan jantung pada 31 Mei lalu.

Menyentuh kerjaya lakonan, Jasmin kini muncul dengan drama  terbaru, Anak Beranak Abang Yie yang menemui penonton di TV3 di slot Sakura, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang, bermula semalam.

Membawakan watak Che Yah, drama itu turut dibintangi Azlee Senario, Aiman Tino dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya